Dalam satu laporan yang diterbitkan oleh portal tempatan baru-baru ini melaporkan, kebanyakkan pusat tahfiz di Malaysia gagal mematuhi piawaian keselamatan bangunan yang telah ditetapkan pihak berkuasa. Sejak tahun 2011, terdapat 31 kes kemalangan yang berlaku melibatkan pusat tahfiz. Dan yang terkini, insiden kebakaran di pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah melibatkan lebih 20 kemalangan jiwa.

Berdasarkan statistik laporan kemalangan yang dikeluarkan, perkara ini sepatutnya tidak dipandang remah oleh pihak bertanggungjawab. Faktor keselamatan haruslah diambil berat terlebih dahulu lebih-lebih lagi ia melibatkan nyawa sebelum berserah kepada nasib.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Umumnya, setiap rekabentuk bangunan yang dibangunkan wajib memiliki ciri-ciri keselamatan seperti mana yang telah ditetapkan. Ia adalah sebagai langkah persediaan awal jika berlaku kemalangan yang berpontensi mengakibatkan kemudaratan seperti kecederaan, penyakit, kerosakan harta benda atau kerosakan kawasan persekitaran.

3 di antara faktor yang boleh mengundang bahaya terutama di sekolah ialah, struktur bangunan, tangga serta pintu dan tingkap berkaca.

1. Sturktur bangunan

Terdapat 2 perkara yang menjadi faktor utama. Keretakan pada bangunan yang berisiko untuk runtuh dan kebocoran syiling yang boleh mengundang penyakit asbestosis. Kebocoran atap menyebabkan kelembapan yang membantu pembiakan mikroorganisma (Mikroorganisma menyebabkan penyakit selesema).

2. Pintu atau tingkap kaca

Faktor risiko, boleh menyebabkan keretakan atau pecah.

Biasanya ia boleh terjadi disebabkan berlakunya kepadatan yang tinggi, pergaduhan atau vandalisme. Akibatnya, ia boleh mengundang kecederaan atau lebih parah kecederaan serius seperti pada pergelangan tangan yang mengganggu saraf dan tendon manusia.

3. Bahaya tangga

Faktor risiko, kecuraman dan bilangan tangga. Sekiranya terhad, ia tidak mampu menampung jumlah pelajar dan meningkatkan risiko bahaya ketika kecemasan. Tangga sepatunya mempunyai lebar yang mampu menampung kesemua penghuni bangunan. Ini bermakna sekiranya tangga lain tidak boleh digunakan, tangga yang tinggal boleh digunakan semua penghuni untuk menyelamatkan diri. Tangga sepatutnya boleh dilalui sepanjang masa dan tidak terhalang dengan apa-apa objek.

Selain daripada itu, setiap bilik atau ruang terbuka yang mempunyai dinding pengasingan perlu dilengkapi dengan pintu rintangan api dengan ciri TKA (Tempoh Ketahanan Api). Pintu tersebut mestilah boleh dibuka tanpa kunci, pengetahuan khas mahupun tangga. Maksudnya, bila terjadi sesuatu kebakaran semua orang boleh akses pintu ini dengan mudah.

Susunan pintu keluar tingkat juga mestilah diambil kira. Antaranya, boleh memberi akses terus ke suatu tempat keluar terakhir. Misal pintu terletak pada tangga terlindung yang menuju tempat keluar dari bangunan atau terus ke tempat keluar terakhir.

Ini hanyalah sebahagian daripadanya. Terdapat banyak lagi keselamatan infrastruktur yang perlu diambil tahu. Contohnya seperti di makmal, kantin, tandas, peralatan dan kelas. Anda boleh ketahui lebih lanjut melalui slide Keselamatan Bangunan Dan Infrastruktur Sekolah di sini.