Hari ni hati saya sedikit resah. Siapa yang tak resah bila dapat tahu rupanya ramai rakan sejawat dan kawan-kawan yang bekerja dalam bidang kesihatan ni dapat penyakit berjangkit masa bekerja kat hospital.

Kalau ikut statistik tahun 2015 je dah 21 orang kat hospital tempat saya bekerja ni yang cedera tercucuk jarum (needle prick injury) semasa tengah bekerja nak selamatkan pesakit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Benda yang paling buat saya resah gelisah bila ingat balik isteri saya pernah bagitahu saya dia pernah tertusuk jarum pesakit masa ‘clinical year’ kat Makassar, Sulawesi Selatan dulu.

Syukur bila dah periksa, isteri saya disahkan bebas daripada penyakit berbahaya tetapi saya tetap gelisah sebab seumur hidup dia tetap akan bergelumang dengan darah, najis, nanah, peluh, hingus dan cecair badan yang lain di hospital tempat dia bekerja.

Saya tak jijik dengan benda tu semua tetapi yang buat saya risau adalah bakteria dan virus yang mungkin ada dalam tu.

Mungkin tak ramai yang tahu betapa dasyatnya penyakit berjangkit yang boleh ada dalam darah, nanah dan cecair badan seseorang seperti Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) yang disebabkan oleh Human Immunodeficiency Virus (HIV).

Begitu juga penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C yang juga antara penyakit yang digeruni oleh kebanyakan yang bekerja di hospital.

Sekali dah kena penyakit AIDS memang dah tak ada harapan untuk sembuh dah. Virus HIV ni hebat. Sampai sekarang belum ada antivirus yang betul-betul berkesan untuk membunuh virus ni jadi sekarang ni pesakit AIDS cuma bergantung pada ubat antiretroviral je la untuk terus hidup.

Bayangkan pekerja hospital yang kena penyakit AIDS ni akan mati secara perlahan lahan dengan penuh siksa.

Penyakit ni bukan bunuh kita tiba-tiba macam serangan jantung (heart attack) ataupun perdarahan dalam kepala akibat strok (cerebrovascular accident) tetapi AIDS ni mengambil masa yang sangat lama untuk mengakibatkan kematian.

Mula-mula tentera sistem kekebalan tubuh pesakit yang dipanggil CD4 dihapuskan sedikit demi sedikit.

Selepas tu pesakit mungkin akan mula mengalami cirit birit yang berpanjangan, ruam pada kulit, badan mula kurus kering, kulat pun mula menyerang mukosa mulut (oral candidiasis) dan lain-lain.

Akhirnya, pesakit boleh mati hanya kerana selsema sahaja atau penyakit ringan yang lain kerana daya tahan tubuh dah sangat-sangat lemah pada waktu tu. Penyakit apa pun boleh membunuh pada masa tu.

Baca: Bekas Doktor Berkongsi Bagaimana Beliau Hulurkan Bantuan Kecemasan Sewaktu Travel

risiko-kahwin-dengan-doktor-2

Sebenarnya yang lebih membunuh bukanlah virus HIV tu sendiri tetapi tekanan emosi yang terpaksa ditanggung oleh pekerja hospital tu la yang paling dasyat.

Siapa yang nak duduk dekat dengan pesakit AIDS kan? Dipulau keluarga sendiri dan anak isteri pun boleh cabut lari.

Padahal selama ni mereka berkhidmat tanpa hiraukan semua risiko tu dan hanya untuk pastikan pesakit yang mereka rawat tu sembuh dengan sempurna dan balik dengan senyuman.

Bila saya tengok isteri sebagai pegawai perubatan dan kakak ipar saya yang sedang bertarung di hospital untuk menjadi pakar sakit puan, walaupun gelisah saya sebenarnya bangga dengan mereka.

Saya rasa tak ramai orang yang sanggup bekerja setiap hari berdepan dengan risiko kematian dan jangkitan macam mereka ni.

Jadi kepada sesiapa yang nak cari calon isteri daripada kalangan doktor dan pekerja kesihatan tak kisah la Medical Assistant (MA) ke nurse ke pekerja lab ke pastikan mental korang kuat dan relakanlah mereka berkhidmat untuk rakyat Malaysia.

Mungkin mereka tak mengangkat senjata tetapi percayalah mereka adalah barisan pertahanan paling utama yang membuatkan majoriti rakyat Malaysia boleh terus hidup dengan selesa, makmur dan sihat sampai la ke hari ni.

Saya Taufiq Razif berharap semua pekerja dalam bidang kesihatan boleh bekerja dengan seikhlas hati. Biarlah gaji di dunia tak seberapa yang penting anda boleh bermewah dengan gaji anda di akhirat sana.

Kepada ibubapa yang ada anak di dalam bidang ni, tahniah kerana anda dah lahirkan wira negara! Jangan lupa kongsikan cerita ni pada keluarga kita ye.

Baca lagi: 5 Pesanan Saya Buat Bakal Doktor Baru Yang Akan Mula Sertai ‘Housemanship’