Bisnes adalah risiko. Orang bisnes berani mengambil risiko tetapi orang bijak berbisnes adalah orang yang bijak menguruskan risiko bisnesnya. Ini kerana mereka sedar setiap keputusan yang dibuat dalam bisnes dan pelaburan adalah berisiko. Jika keputusan yang dibuat adalah betul, maka ia dapat melonjak perniagaan mereka ke tahap yang lebih baik. Jika tidak, pasti rugi mengulit bisnes mereka.

Siapa yang nak rugi, kan? Jadi, antara cara terbaik menguruskan risiko adalah melindungi bisnes anda dengan insuran.

Apakah insuran yang sesuai untuk bisnes?
Apakah yang boleh diinsurankan di dalam bisnes?
Bagaimanakah cara melindungi bisnes dengan insuran?

Itulah antara persoalan yang popular bagi pemilik bisnes yang mula mendengar tentang ini lebih-lebih lagi sejak negara pernah dilanda banjir besar pada penghujung tahun lalu.

Namun begitu, senario bagi pemilik start up atau mereka yang baru memulakan bisnes kurang sedar tentang kepentingan menguruskan risiko bisnes melalui insuran kerana mereka merasakan risiko-risiko seperti tragedi kebakaran, kilat, banjir, ribut dan kebocoran paip yang dilindungi di dalam insuran bisnes tidak akan berlaku pada bisnes mereka.

Tetapi adakah mereka sebenarnya benar-benar tahu apakah yang dilindungi oleh insuran untuk bisnes?

Tidak?

Oh my! Ruginya!

Maka, untuk mengelakkan anda terus berada di dalam kerugian, ini 9 risiko bisnes yang tidak dapat dikawal risikonya tetapi biasa diabaikan oleh usahawan. Ia sebenarnya merupakan satu kerugian yang boleh dielakkan sekiranya usahawan tahu.

1. Perlindungan Kecurian

kecurian

Insurans melindungi bisnes anda daripada kehilangan atau kerosakan akibat rompakan tanpa senjata, rompakan bersenjata dan kecurian. Malah, jumlah insurans ditingkatkan kepada 20% di musim perayaan kerana dipercayai risiko rompakan dan kecurian lebih tinggi pada waktu itu. Selagi barang yang dirompak dan dicuri itu adalah harta syarikat, ia dibawah perlindungan insuran untuk bisnes. Kini, anda tidak perlu risau lagi sekiranya laptop anda dicuri ketika sedang membuat kerja di kafe atau restoran mamak.

2. Perlindungan Wang

perlindungan-wang

Pihak insurans akan membayar ganti rugi terhadap kehilangan wang yang berlaku di dalam bangunan atau dalam perjalanan; selama 24 jam, dan 7 hari seminggu. Ini bermakna anda sentiasa dilindungi dengan insurans bisnes. Buat pengetahuan anda juga, nilai perlindungan meningkat dua kali ganda pada hujung minggu dan cuti umum.

3. Penghantaran Barang Tertangguh

penghantaran-barang

Pemilik bisnes layak menerima bayaran tunai sehingga RM2,000 apabila terdapat kelewatan dalam penghantaran barang dari pembekal untuk lebih daripada 24jam disebabkan oleh kemalangan kenderaan.

Contohnya, lori ayam yang sepatutnya sampai di premis perniagaan anda pada pukul 6 pagi tetapi tertangguh kerana lori ayam itu jatuh ke dalam gaung akibat jalan runtuh sewaktu musim tengkujuh. Maka, anda yang sedang menanti stok bekalan ayam itu boleh membuat tuntutan dengan pihak insuran sekiranya ia mengambil masa lebih daripada 24jam untuk pembekal menghantar stok lain. Ini dapat mengurangkan bebanan dan kerugian anda pada hari tersebut.

4. Kehilangan Atau Kerosakan Barangan

kerosakan-barang

Seperti nombor 3, pihak insurans akan membayar pampasan tetapi nilainya lebih tinggi iaitu tuntutan boleh dibuat sehingga RM20,000 bagi kerugian atau kerosakan kepada barang-barang anda disebabkan oleh kemalangan kenderaan dan/atau kecurian dalam Malaysia.

5. Perlindungan Penyakit Berjangkit

penyakit-berjangkit

Pada zaman ini pelbagai penyakit berjangkit berpotensi berlaku kepada sesiapa sahaja. Anda juga terdedah kepada risiko tersebut. Apabila anda sakit, pastinya bisnes anda turut terjejas. Kini, anda tidak perlu risau lagi apabila pihak insurans akan membayar sehingga RM500 sehari kerana kemasukan ke hospital dan pemulihan apa-apa penyakit berjangkit yang diklasifikasikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai wabak atau pandemik.

6. Perlindungan Penyakit Kritikal

penyakit-kritikal

Axa Insurans menyediakan pakej SmartBusiness for Retail yang menawarkan perlindungan pelbagai jenis penyakit kritikal untuk pekerja dan pemilik bisnes. Maka, bukan sahaja produk atau perkhidmatan bisnes anda dilindungi insuran. Malah, anda dan pekerja dilindungi sekiranya mengalami antara penyakit ini:

• Kanser
Bypass arteri koronari
• Serangan jantung
• Peringkat akhir kegagalan buah pinggang
• Strok
• Peringkat akhir penyakit paru-paru
• Penyakit Parkinson
• Peringkat akhir kegagalan hati

7. Jaminan Kesetiaan Pekerja

kesetiaan-pekerja

Kesetiaan pekerja itu adalah pekerja yang tidak mensabotaj bisnes anda melalui penipuan atau kecurangan. Sekiranya berlaku perkara tersebut, biasanya pemilik bisnes hanya memecat pekerja tersebut. Tetapi dengan perlindungan insurans untuk bisnes, anda boleh memohon tuntutan ganti rugi terhadap kehilangan wang atau harta lain disebabkan oleh penipuan atau kecurangan oleh anda. Untungkan begini? Tidaklah orang kata sudah jatuh, ditimpa tangga lagi.

8. Perlindungan Liabiliti Awam

perlindungan-liabiliti-awam

Pernahkah anda mendengar tentang pelanggan menuntut ganti rugi daripada pemilik bisnes? Itulah tuntutan liabiliti awam yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Ia boleh melibatkan kemalangan yang minor atau major kesan daripada produk atau perkhidmatan bisnes anda ke atas pelanggan.

Adakah anda sudah menyediakan dana untuk membayar balik kerugian sebegini? Jika tiada, anda memerlukan insurans untuk bisnes bagi membayar ganti rugi terhadap tuntutan akibat kecederaan anggota pihak ketiga atau kerosakan harta benda.

Sekiranya anda menawarkan bisnes yang melibatkan rawatan kecantikan dan kecergasan, anda patut mempertimbangkan perlindungan insurans ini kerana ia melibatkan rawatan yang berisiko.

Dengan perlindungan untuk bisnes, pihak insurans akan membayar sehingga RM10,000 liabiliti undang-undang untuk kecederaan badan akibat kemalangan kepada pelanggan anda yang timbul daripada perkhidmatan yang diberikan seperti rambut dan rawatan wajah, manicure dan pedicure.

9. Perlindungan Mix-and-match

mix-and-match

Mungkin ada sesetengah daripada anda merasakan tidak semua perkara diatas perlu dilindungi insurans untuk bisnes. Tetapi itu tidak bermakna anda patut tolak semua perlindungan tersebut. Fikirkan semula kerana pihak insurans memberikan kepada anda fleksibility dalam menentukan pelan perlindungan insurans ini.

Ini kerana pihak insurans mahu memudahkan urusan anda, ia bermula dengan penentuan pelan insurans yang sesuai untuk bisnes anda. Maka, anda boleh dapatkan apa yang anda perlukan sahaja dan bayar apa yang anda mahukan sahaja.

Ada tak semua perlindungan untuk bisnes ini di Malaysia?

Ini semua merupakan petikan daripada laman web Axa Insurans Malaysia yang menyediakan tiga jenis pakej yang sesuai dan mampu milik untuk bisnes anda iaitu SmartBusiness untuk bisnes runcit, bisnes kecantikan dan kecergasan dan bisnes perkhidmatan kepakaran.

Sekiranya anda memerlukan lebih maklumat berkenaan perlindungan insurans untuk bisnes, anda boleh melayari laman web Axa Insurance untuk membuat temujanji dengan agen-agen bertauliah mereka.

Kini, anda tidak perlu risau lagi sekiranya mengalami salah satu 9 kejadian di atas. Ingatlah bahawa anda boleh mengekang kerugian rentetan daripada kejadian-kejadian itu melalui perlindungan insurans untuk bisnes.

Anda orang bisnes yang bukan sahaja berani menghadapi risiko tetapi turut bijak dalam menguruskan risiko bisnes. Itulah diri anda yang sebenar!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram