Dah gagal, terduduk, baru kau tahu apa itu erti penyesalan!

Keghairahan saya berbisnes memang sudah lama. Saya seorang yang suka menghidu peluang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semua peluang, nampak duit. Dan saya mudah untuk menterjemahkan peluang menjadi duit.

Tanpa perlu fikir risiko, asalkan barang jadi duit.

Disebabkan minda begini lah, saya pernah terjebak dengan suatu bisnes supply handphone Samsung Note Original kepada sebuah syarikat yang mendapat tender supply handphone tersebut kepada salah sebuah kementerian kerajaan.

Bagaimana peluang tersebut diterima?

Ini kerana suatu waktu dahulu, saya menjual handphone original melalui online.

Beli dengan pembekal (mark up harga di mana masih lagi rendah harganya dari pasaran), jual kepada pelanggan.

1 bulan, 1 handphone. Untung RM200. Ok sangatlah tu, sebab bukan bisnes handphone sahaja yang dibuat ketika itu, dengan bisnes keknya, cookies nya, jual di flea market lagi. Maka, tambahan beratus dan beribu RM dari gaji tetap, memang nampak masyuk sangatlah, kan. *masyukk laa sangat*.

Nak dijadikan cerita, syarikat yang menerima tender itu, mahukan bekalan handphone sebanyak 100-300 unit, di mana setiap minggu harus release berpuluh-puluh unit.

Soal mana nak dapat handphone tersebut, ketika itu saya di temukan dengan seorang pembekal handphone yang boleh beri harga “baekk punya”, tapi stok sangat terhad. Kena berebut-rebut, kecuali park duit siap-siap (RM30,000), baru dia boleh pegangkan stok tersebut untuk saya.

Sudah! Mana nak cekau duit RM30K sebagai modal? Ini bisnes modal paling besar buat saya, sebab sebelum ini modal “0” atau tidak lebih dari RM2,000 sahaja.

Maka, bermulalah pencarian investor.

Mencari investor

Investor pertama — “I boleh bagi itu wang, tapi mahu tengok itu LO dulu, percentage i mahu 30% daripada untung.”

Kali pertama deal begini — risau pun ada. Risau salah langkah. Tapi, hati kuat mahu cuba juga.

Investor pertama reject! Cuba investor kedua.

Seorang sahabat yang mahu membantu memberi modal RM30,000 tunai, dengan 10% profit sahaja.

Ok! Terus deal. Ketika ini, risiko tolak tepi. Yang nampak, duit je depan mata.

Ketika duit tunai tersebut diambil, sudah mula nampak sinar bahagia di depan. 300 unit handphone dengan setiap 1 unit hp keuntungannya RM300.

Wow! Dah siap congak-congak untung. Tidur ada senyumlah!

Esoknya, tempahan pertama berjalan. Bayar RM30K, pembekal janji akan hantar lebih kurang 23 unit handphone.

Dapat 23 unit hp, serah kepada pembeli, pembeli bayar cash semua 23 unit, order lagi 23 unit dan begitulah seterusnya sehingga cukup 300 unit handphone tersebut. Begitulah perjanjiannya.

Tetapi, ini yang terjadi

Namun, langit tidak selalu cerah. Risiko bisnes ini sering kita abaikan. Nampak duit merecik sahaja (sayalah tu).

Tempahan pertama yang dijanjikan 23 itu hanya tinggal harapan. Yang dapat 5 unit.

Alasan? Stok masuk tak banyak. Stok delay. Stok kena bahagi dengan pembekal yang lain.

Pertama kali, pembeli masih boleh excuse. Masuk kali kedua, juga boleh. Masuk kali ke 3, pembeli sudah pertikaikan janji yang boleh dibekalkan itu.

Dalam masa yang sama, alasan demi alasan dicipta oleh pembekal. Duit beku di tangan pembekal. Saya kerugian berbelas ribu ringgit.

Meroyan sekejap! Nyaris-nyaris mahu “pinjam along saya mahu tolong”.

Inilah pengalaman yang tidak akan dapat saya lupakan ketika berbisnes.

Bisnes, medan pembelajaran sebenar

Di dalam bisnes, apabila kita banyak melakukan kesilapan, itulah medan pembelajaran kita yang sebenar.

Kita akan sentiasa beringat tentang kesilapan tersebut, supaya di masa akan datang kita sentiasa berhati-hati di dalam sebarang keputusan bisnes yang membabitkan risiko.

Risiko sentiasa wujud. Tidak buat bisnes dan kerja sepenuh masa juga ada risiko. Risiko diberhentikan kerja.

Buat bisnes dan sudah ada plan baekk punya pun, masih tetap ada risiko.

Yang membezakannya — bagaimana kita mengurus risiko tersebut?

1. Jika risau risiko diberhentikan kerja – semasa kerja, kumpul aset dan wang simpanan.

2. Jika risau risiko di dalam bisnes – ketika memulakan bisnes, mulakan dengan modal yang mampu untuk kita bakar. Jangan buat perkara yang kita tidak mahir.

Seperti pengalaman di atas, menjual secara supply begitu, pengalaman baru buat saya.Saya tidak mahir di dalam beberapa perkara, tetapi saya gagah buat juga, disebabkan dorongan wang besar tersebut.

Yang akhirnya, menjerat diri sendiri.

Namun begitu, inilah pengalaman berharga “yuran kebodohan” yang saya laburkan di dalam universiti kehidupan saya.

Tiada sesiapa dapat memberi pengalaman ini kecuali melalui KITA BUAT sendiri.

Dah buat — baru kau mendapat!

Adakah Tuan puan juga pernah melalui sisi gelap di dalam berbisnes? Cuba kongsikan di bawah ini.