Baru-baru ini seperti sudah jadi satu fenomena. Lambakan produk minuman bubble tea sudah jadi trend semasa yang mesti kena cuba. Betul kan?

Lalu wujudlah macam-macam challange untuk cuba dan dapatkan bubble tea terbaik. Ramai minta saya ulas tentang minuman bubble tea. Tapi saya ambil fasa tenang dahulu sebelum tulis dalam-dalam.

Mala Mala Serve 1
HYPE
Keunikan Rasa ‘Pedas Kebas’ Yang Sedap Di Mala Mala
Baca lagi →

Orang berasa hairan. Bubble tea ini apa yang tidak bagus. Pearl yang ada dalam itu atau teh itu sendiri.

Secara umum, teh adalah minuman yang baik untuk kesihatan. Di mana ia tinggi anti-oksida dan beberapa mineral terpenting seperti magnesium, fosfor, kalium, dan fluoride. Namun, kini lambakan teh yang terjual di pasaran dengan labelan milk tea dilihat mempunyai kandungan gula yang agak tinggi. Saya beri contoh umum:

Untuk secawan minuman bubble tea 500ml tanpa campuran bahan-bahan tambahan lain, ia didapati mengandungi sekitar 30g – 40g gula. Ini bersamaan kira-kira 6 hingga 8 sudu teh gula tebu setiap cawan. Banyak tidak? Dan secara jujurnya kandungan gula dalam minuman ini cukup membimbangkan. Itu belum kira topping lagi.

Persoalan kedua. Adakah ‘pearl’ dalam minuman itu bahaya atau tidak?

‘Pearl’ atau sejenis sagu (boba) diperbuat daripada kanji dan bebola kecil ini tidak mempunyai sebarang nutrien lain. Cuma ia penuh dengan kandungan karbohidrat. Namun ada kes pearl ini sudah disalut dengan gula perang. Jadi kandungan pearl tadi bukan sekadar karbo sahaja tetapi tambah lagi dengan gula pula.

Selain itu jadi sikit masalah dengan bubble milk tea yang tengah viral tu adalah pada kandungan gula tambahannya.

Biasanya dalam minuman itu gula putih sudah memang sedia ada telah dimasukkan. Namun sesetengah pesanan tiba-tiba dia campur lagi pula dengan sirap, gula merah dan kadang susu pekat manis (yang bukan tinggi gula saja, tapi juga lelemak yang tidak baik). Dan ini sekaligus meningkatkan kadar gula sehingga kira-kira 90g gula dimana lagi tinggi dari Coca-Cola!

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan maksimum 5 hingga 10 sudu teh gula setiap hari. Bayangkan kalau sehari anda minum teh itu, sudah habis kouta gula anda.

Walaupun  boba ini tidak menimbulkan sebarang risiko dari segi ‘chemical’, namun kita tidak harus mengabaikan aspek kadar gula yang saya sebutkan tadi.

Jika kalian ingin nikmat juga minuman bubble tea ini dengan lebih sihat. Follow step-step mudah ini:

1. Minta bubble tea kurang gula.
2. Elakkan tambahan gula perang atau sirap dalam teh.
3. Minta teh dan manisnya dari susu segar sahaja. Kalau ada lowfat milk lagi baik. (Bukan susu pekat manis atau susu sejat)
4. Tidak masukkan topping-topping lain seperti coklat chips, pearl gula merah atau lain-lain.
5. Buatkan limitasi, sebulan berapa kali sahaja boleh minum.

Begitulah caranya. Benda ini bukan tidak boleh minum langsung. Tapi harus ada waspada dan jaga-jaga. Hari ni mungkin anda beratur panjang untuk bubble tea milk, siapa tahu esok lusa beratur pula di hospital sebab Diabites. Sudah berapa kerap anda minum air manis ni?

Artikel di atas disumbangkan oleh Arif Sukri. Beliau merupakan Pengajar Kecergasan Berat Badan yang Diperakui di Persatuan Kebangsaan untuk Penyelidikan Kekuatan dan Kondisi - NASC. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka