Pereka fesyen terkenal dan juga pemilik asal rekaan baju yang dipakai Natasha Hudson (yang menampakkan bahu) baru-baru ini menjelaskan baju berkenaan sebenarnya bukan direka untuk wanita berhijab.

Sebaliknya, pakaian itu pada asalnya dihasilkannya untuk dipakai oleh mereka yang tidak bertudung (free hair) jelas Rizman Ruzaini seperti dilaporkan Kosmo.

“Sejujurnya saya marah juga apabila mendapat tahu dia (Natasha Hudson) yang memakai baju itu kerana dia berhijab.

“Rekaan baju tersebut direka untuk wanita free hair (tidak berhijab) dan pernah digayakan oleh aktres Fasha Sandha,” katanya.

Natasha Hudson baru-baru ini menimbulkan kontroversi selepas menggayakan busana muslimah yang menampakkan bahu di salah sebuah majlis pelancaran produk kecantikan.

Tindakannya itu menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan masyarakat dan warganet memandangkan beliau yang kini bertudung dan menggayakan imej Muslimah.

Mengakui kecewa dengan tindakan Natasha, Rizman dalam laporan berkenaan juga memberitahu kontroversi berkenaan sedikit sebanyak boleh menggugat imej dan reputasi jenamanya yang telah bermula sejak 15 tahun lalu.

‘Customer is always right’

Teguran Rizman itu bagaimanapun menurut Kosmo dalam satu laporan berbeza dilihat tidak diterima dengan baik oleh penganjur acara di mana Natasha mengenakan pakaian tersebut.

Menurut rakan kongsi produk kecantikan tersebut, beliau meminta agar pereka fesyen menghormati pelanggan yang membeli baju berkenaan dengan duit mereka sendiri.

“Baju itu dibeli dengan duit dan bukan dengan air liur. Ia bukan busana yang ditajanya.

“Hormat sikit pembeli baju itu (merujuk kepada dirinya sendiri). Mereka peniaga yang menjalankan perniagaan fesyen sepatutnya faham dengan konsep ‘customer is always right,” katanya kepada Kosmo.

Baca juga perkongsian semasa hiburan dalam dan luar negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Bekas Suami DSV Mahu Tuntut Harta Sepencarian Dan Insurans Dua Anaknya Yang Meninggal Dunia

Dakwa Neelofa Miliki Gangguan Personaliti Narsistik, Teori Lelaki Ini Jadi Bualan Netizen

The Rock Kongsi Kisah Lucu Beli Kereta Pertama Daripada ‘Mat Gian’

Sumber