“Individual development to aim for world’s top 10”

Ini adalah motto rasmi akademi bola sepak dibawah kendalian Japan Football Association (JFA).

Secara ringkasnya akademi bola sepak JFA ini memberikan fokus kepada pembangunan bakat-bakat muda untuk jangkamasa panjang, JFA sedia menawarkan kepakaran jurulatih beserta dengan kemudahan pendidikan menengah rendah dan atas secara intensive.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Matlamat mereka bukan sekadar untuk menjadi pemain bola sepak, tetapi membentuk seseorang individu yang mampu mengetuai masyarakat, berfikiran positif serta mempunyai keyakinan yang tinggi.

Akademi-akademi Bola Sepak JFA

Secara keseluruhannya, hanya ada 4 akademi diseluruh Jepun dibawah seliaan JFA iaitu Akademi JFA Fukushima ( Fukushima), Akademi JFA Kumamoto Uki ( Kumamoto), Akademi JFA Sakai (Osaka) dan Akademi JFA Imabari ( Ehime).

2017-11-04_23-33-26

Keempat-empat Akademi JFA ini mempunyai skuad dari umur 13 tahun sehingga 18 tahun ( bergantung kepada lokasi akademi ).

  • Akademi JFA Fukushima: U13, U14, U15, U16, U17, U18
  • Akademi JFA Kumamoto Uki: U13, U14, U15
  • Akademi JFA Sakai: U13, U14, U15
  • Akademi JFA Imabari: U13, U14, U15

Fasiliti Akademi

Mengambil contoh fasiliti yang ditawarkan oleh Akademi JFA Sakai, Osaka atau dikenali dengan nama J Green National Training Center, mereka mempunyai fasiliti sempurna untuk para pemain.

j green sakai

Di dalam akademi ini mereka mempunyai :

  • 5 buah padang bola sepak bersaiz penuh menggunakan rumput semulajadi
  • 3 buah padang bola sepak bersaiz penuh, lampu limpah dan rumput sintetik diiktiraf FIFA.
  • 5 buah padang bola sepak bersaiz penuh dan rumput sintetik diiktiraf FIFA.
  • 1 buah padang bola sepak bersaiz penuh, rumput sintetik dan trek balapan.
  • 5 buah padang futsal, rumput sintetik dan terbuka.
  • 3 buah padang futsal, rumput sintetik dan berbumbung.

j green sakai

Selain itu juga, J Green Sakai National Training Center ini juga menawarkan pelbagai lagi kemudahan-kemudahan lain untuk digunakan oleh pemain akademi atau pun pihak pengurusan untuk mengadakan pelbagai lagi aktiviti lain.

Kemudahan-kemudahan lain yang ditawarkan di J Green Sakai National Training Center:

2017-11-04_1-27-36

  • Bilik seminar 150 orang untuk mengajurkan kelas berkaitan sukan dan sebagainya
  • Bilik mesyuarat untuk pelbagai perbincangan
  • Ruang pelbagai guna yang sesuai dijadikan tempat aktiviti senaman, aerobik dan lain-lain
  • Kemudahan cafe untuk makan dan minum
  • Kedai perlatan sukan khususnya bola sepak yang dibuka oleh Soccer KAMO
  • Convenience store

Berapakah Kos Yang Perlu Ditanggung?

Sekiranya terpilih untuk menyertai akademi JFA ini, bukan segalanya akan ditanggung oleh pihak akademi atau JFA.

Setiap pemain yang berjaya masuk ke mana-mana akademi JFA perlu membayar sejumlah wang sebagai yuran akademi.

Akademi JFA Fukushima

Setiap pemain yang terpilih perlu membayar sebanyak JPY 80,000 (RM3,000) sebulan selama 6 tahun berada dalam akademi. Ini tidak termasuk yuran semasa pendaftaran ketika menyertai akademi sebanyak JPY 200,000 ( RM7,600 )

Jika dikira untuk tempoh 6 tahun, secara kasarnya, seorang pemain akademi perlu membayar sekurang-kurangnya JPY 5,760,000 atau (RM223,600)!

Walau bagaimanapun, pihak akademi akan menyediakan perkara-perkara berikut kepada semua pemain sepanjang berada dalam akademi dan termasuk beberapa bayaran / yuran seperti:

  • Menyediakan asrama termasuk 2 kali makan ( makan tengahari tidak disediakan )
  • Kelengkapan bola sepak termasuk jersi, kasut larian, bola dan lain-lain
  • Kos yuran kurikulum bola sepak JFA
  • Kos yuran penyertaan pertandingan dan kos perjalanan domestik
  • Kos perjalanan ke luar negara
  • Kos perubatan jika berlaku kecederaan semasa aktiviti akademi – Insurans.

Akademi JFA Kumamoto Uki & Akademi JFA Sakai

Kedua-dua akademi JFA ini tidak mempunyai sekolah didalam kawasan akademi. Oleh itu, pemain-pemain akademi perlu menghadiri persekolahan diluar akademi yang telah disyorkan oleh pihak pengurusan.

Kos bagi persekolahan ini tidak akan dibayar oleh pihak akademi dan perlu ditanggung sepenuhnya oleh penjaga pemain itu sendiri.

Menurut Kementerian Pendidikan, Budaya, Sukan, Sains & Teknologi Jepun, yuran pengajian untuk peringkat menengah rendah adalah berjumlah JPY 140,000 (RM5,320) setahun & uniform serta aktiviti lain sebanyak JPY 48,000 (RM1,824).

Selain itu, pemain juga masih perlu membayar yuran bulanan kepada pihak akademi sebanyak JPY 80,000 ( RM3,040 ) selama 3 tahun berada dalam sistem akademi JFA.

Yuran kemasukan pula adalah berjumlah JPY 150,000 ( RM5,700 ) dan dibenarkan untuk membuat 2 kali bayaran pada bulan Disember JPY 100,000 dan Mac JPY 50,000.

Secara keseluruhannya, pemain perlu sekurang-kurang menyediakan wang sekitar JPY 3,498,000 (RM 132,924 ) untuk 3 tahun di akademi ini.

Pihak akademi hanya akan menanggung perkara-perkara seperti dibawah.

  • Menyediakan asrama termasuk 2 kali makan ( makan tengahari tidak disediakan )
  • Kos yuran kurikulum bola sepak JFA
  • Kos yuran penyertaan pertandingan dan kos perjalanan domestik
  • Kos perjalanan ke luar negara
  • Kos perubatan jika berlaku kecederaan semasa aktiviti akademi – Insurans.

Inilah pelaburan yang perlu dibuat oleh ibu bapa pemain-pemain yang mahu melihat anak mereka menyertai akademi bola sepak terbaik dibawah seliaan JFA, untuk berjaya sebagai seorang pemain profesional suatu hari nanti.

Itu juga harga kepercayaan terhadap pengendali akademi daripada keluarga pemain.

Bagaimana pula dengan kita?