Datuk Seri Najib pada hari ini telah mengumumkan insentif sebanyak RM25 juta bakal diberikan buat golongan usahawan muda berbangsa Cina untuk memajukan perniagaan mereka ke arah bidang digital.

Melalui program terbaru yang diumumkan ini, dana-dana ini bakal disalurkan melalui skim terbaru Kerajaan yang dinamakan sebagai ‘eCommerce Micro Credit’ untuk membantu golongan usahawan Cina berumur 18 sehingga 45 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
najib1
Sumber: NST

Pelan yang dibuat ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk merancakkan lagi perniagaan digital serta membantu golongan Cina yang menjalankan perniagaan serdahana kecil untuk mula memodenkan bisnes mereka.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat di Wisma Huazong, Datuk Seri Najib turut mengatakan sebanyak 41 syarikat berminat untuk bekerjasama di dalam program ini sebagai rakan kongsi.

najib-razak

Dalam pada itu, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengumumkan insentif sebanyak RM2.9 bilion bakal turut ditawarkan buat usahawan Bumiputera. Mungkin ini masanya buat anda yang bergelar usahawan untuk mengambil peluang ini untuk memajukan perniagaan anda.