Sering kali kita mendengar isu penipuan khususnya scam dalam talian terdiri daripada mangsa yang berumur dan tidak peka dengan teknologi semasa.

Namun lain ceritanya pada kali ini apabila seorang remaja telah menjadi scam hanya kerana percaya dengan teman wanita yang dikenalinya melalui laman Facebook seterusnya menjadi rakan sepermainan game PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan laporan, remaja yang merupakan anak kepada ahli perniagaan ini mulai membuat pindahan wang kepada teman wanitanya selepas wanita tersebut memaklumkan mengalami masalah melibatkan kewangan seterusnya mahu ‘meminjam’ wang.

pubg_1561873160
Sumber: India Times

Difahamkan sebanyak 21 transaksi telah dibuat sepanjang perkenalan melibatkan jumlah ‘pinjaman’ sebanyak RM295,950. Transaksi melibatkan enam angka ini akhirnya diketahui bapa remaja hanya selepas tiga bulan apabila mendapati jumlah pengeluaran wang yang tinggi.

Tidak mahu situasi berulang, beliau telah menyuruh anaknya untuk meminta wang yang dipinjamkan walau bagaimanapun ‘teman wanita’ yang dikenali secara dalam talian didapati terus lesap tanpa sebarang respon.

Dilaporkan laporan polis telah dibuat menerusi Balai Polis Tanah Rata, Cameron Highlands serta mendakwa anaknya telah menjadi mangsa sindiket scam percintaan.

Pada bulan Jun lalu, tular berita mengenai isteri yang sanggup tinggalkan suami dan anak hanya selepas berkenalan dengan lelaki lain pada game PUBG.

Isteri Lari Tinggalkan Suami Dan Anak Selepas Berkenalan Dengan Lelaki Lain Di PUBG

Pada Usia 15 Tahun, Anak Muda Ini Telah Berjaya Membina Sebuah Bank Miliknya Sendiri