Semangat balik kampung untuk hari raya semakin terasa, kini tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk warga kota kembali ke kampung halaman masing-masing. Kini perkara yang membuatkan ramai pengguna jalan raya runsing ialah pelan untuk menghadapi kesesakan lalu lintas.

Mungkin tahun ini warga kota boleh mencuba alternatif balik kampung gaya baharu dengan menyewa helikopter. Syarikat Hazmi Dimasyq Group kini menyediakan perkhidmatan ‘Balik Raya Elak Jem’ buat kali pertama sempena Hari Raya Aidilfitri. Menurut pengarah urusan, Hazmi Hanipa berkata setakat ini tempahan tertinggi adalah laluan Kuala Lumpur-Kelantan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penerbangan sehala pertama akan dijadualkan bermula 3 Jun ini dengan harga serendah RM30,000 sahaja. Setakat ini sebanyak 20 buah helikopter telah disediakan dengan 2 variasi muatan iaitu 3 hingga 6 penumpang.

Oleh kerana permintaan yang tinggi untuk laluan Kuala Lumpur-Kelantan, syarikat ini telah membuka kekerapan sebanyak 4 kali penerbangan untuk laluan ini sahaja. Daripada bersesak berjam-jam di atas jalan raya untuk pulang ke Kelantan, ini adalah alternatif anda untuk tiba di Kelantan paling pantas hari raya ini. Jika anda ada RM30,000, bolehlah kelik Kelantan dengan helikopter.

Sumber