Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sebut mengenai Mark Zuckerberg pasti hampir seluruh penduduk dunia mengenalinya. Berjaya menjadi pengasas bersama serta CEO Facebook antara yang membuatkan beliau popular serta berada dalam kelompok manusia terkaya dunia.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, siapa sangka di sebalik penggunaan produk Meta yang meluas terdiri daripada Facebook, Instagram dan lain-lain lagi, Mark Zuckerberg juga tidak terlepas daripada ‘tergelincir’ daripada senarai 10 manusia terkaya dunia.

Sumber: the independent

Jika sekitar dua tahun lalu beliau berada dalam kelompok bersama Jeff Bezos dan Bill Gates, kini tidak lagi selepas beliau dilaporkan berada di tangga ke-20 dalam senarai manusia terkaya dunia.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Dilaporkan punca kejatuhan beliau dalam senarai manusia terkaya ini berikutan Mark Zuckerberg kehilangan nilai kekayaan sebanyak $71 bilion (~RM324 bilion) setakat tahun ini disebabkan kejatuhan harga saham.

Untuk pengetahuan, kerugian yang ditanggung sekaligus menjadi kerugian terbesar dalam senarai manusia terkaya dunia. Beliau juga terpaksa akur untuk berada pada kedudukan yang pernah diduduki beliau sekitar tahun 2014 lalu.

Sumber: The observer

Sebagai rekod, Mark Zuckerberg kini mempunyai nilai kekayaan sekitar $55.9 (~RM255.41 bilion) sekaligus membuatkan kerugian yang ditanggung pada tahun ini lebih besar daripada kekayaan semasa beliau.

Kehadiran aplikasi-aplikasi seperti TikTok antara yang menggugat produk serta platform yang dikelolakan. Sementara itu, Mark Zuckerberg juga turut memberi bayangan untuk memfokuskan kepada metaverse untuk kegunaan pengguna menjelang tahun 2025.