Buat penggemar kopi, anda kena tengok sampai habis perbandingan harga dan kualiti kopi yang berharga USD1(lebih kurang RM4) sehingga USD914 (lebih kurang RM3,700). Apa yang saya dapat huraikan, orang Jepun kalau buat sesuatu, mereka akan buat dengan sepenuh hati dan sangat teliti.

Untuk kopi yang berharga USD1, ianya kopi ais yang biasa dan kualitinya setanding dengan harganya. Namun untuk kopi yang paling premium, cara pembuatannya juga sangat unik. Kopi di The Munch menyediakan air kopi yang dibancuh dan kemudiannya disimpan selama 22 tahun di dalam tong kayu! Konsepnya sama seperti menyimpan wine dan katanya, rasanya juga unik dan sangat strong.

Habis anda melihat video ini, anda akan lebih appreciate kopi yang anda minum setiap pagi. Namun, Coffee Elementary School adalah kedai kopi must visit berdasarkan undian. Kena cari kedai kopi ini jika ke Tokyo nanti.