Sebuah lagi berita melibatkan kerugian kriptowang pada minggu ini. Pada kali ini, kes yang berlaku ini turut melibatkan pelbagai pihak selepas pengasas platform kriptowang popular di Canada iaitu Quadriga dilaporkan meninggal dunia pada umur 30 tahun.

Kematian beliau turut memberi kesan kepada pelbagai pihak selepas beliau dikatakan satu-satunya individu yang mempunyai akses password kepada platform tersebut sekaligus membuatkan $137.21 juta (RM560.54 juta) milik ratusan ribu pengguna beku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
gerald-cotten
Gerald Cotten, pengasas Quadriga

Berdasarkan laporan daripada CNBC, pengasas Quadriga, Gerald Cotten dilaporkan meninggal dunia berikutan Crohn’s disease ketika menyertai misi membantu anak yatim di India.

Difahamkan Quadriga merupakan platform yang digunakan orang ramai di Canada dalam berurusan menggunakan kriptowang popular seperti Bitcoin, Litecoin dan Ethereum.

Setakat ini siasatan masih diteruskan dalam usaha anda mendapatkan kembali kriptowang milik pengguna lain. Selain itu, orang ramai turut tertanya-tanya adakah pemilik Quadriga benar-benar meninggal dunia atau sekadar ‘lesap’ dalam menyimpan duit pengguna kriptowang.

Sumber