Sudah agak banyak kami kongsikan di Vocket trick untuk anda berjimat dan merancang percutian sendiri di New Zealand. Antara artikel yang pernah kami kongsikan adalah Cara Mudah Cari Petrol Murah Dan Makanan Halal Di New Zealand,  20 Tip Cara Saya Berjimat Sewaktu Travel Di New Zealand dan  40 Tip Bagaimana Saya Travel Sendiri Dengan Keluarga Di New Zealand.

Tapi hari ini kami ada 1 trick baru yang memang win dan boleh bantu anda jimat beberapa ratus ringgit lagi. Trick ini telah dikongsikan oleh Jeroong Wia yang telah  2 bulan berada di New Zealand. Jom baca.

cara-dapat-kereta-sewa-percuma-di-new-zealand-4

Kia Ora!

Kali ini aku akan kongsikan bagaimana aku membuat roadtrip dari utara bermula (Auckland) sehingga ke selatan (Christchurch) secara percuma. Ya, PERCUMA.

Perancangan ini telah dilakukan seminggu sebelum aku melakukan roadtrip ini. Sebelum aku menjual kereta aku, aku telah memikirkan cara bagaimana nak kurangkan kos aku untuk ke Selatan.

Kalau aku pandu kereta aku sendiri ke sana, risiko untuk dapatkan pembeli kereta susah. Jadi aku telah mempersiapkan diri dengan menjual kereta aku di Auckland sahaja. Dan aku telah berjaya menjualnya.

Jadi bagaimana cara aku untuk meneruskan kelangsungan hidup ini untuk meneruskan ke Selatan?

Ada pelbagai cara yang bermain di dalam fikiran aku untuk bergerak.
1. Bas
2. Flight
3. Hitchikinh
4. Carpool
5. Train
6. Car Relocation

Kesemua list dari 1-5 telah aku cuba sebelum ini di negara lain dan di NZ cara yang paling menjimatkan kos dan masa adalah dengan menaiki pesawat dari Auckland ke Christchurch.

Bagaimana dengan item nombor 6? Car Relocation atau dikenali juga dengan transfer car. Ya. Ini lah cara yang aku gunakan untuk roadtrip aku kali ini.

Car Transfer ini bermaksud membawa kereta dari satu destinasi ke destinasi lain yang telah ditetapkan dalam masa tertentu. Ada beberapa website yang menawarkan perkhidmatan ini dan yang paling terkenal adalah www.transfercar.co.nz.

Selepas beberapa hari menggodek dan menunggu, aku akhirnya berjaya dapatkan sebuah kereta daripada website ini untuk dibawa dari ke Auckland menuju ke Christchurch. Masa yang ditetapkan adalah 5 hari.

Kalau memandu secara terus, anda akan mengambil masa hanya 23 jam untuk tiba. Jadi dengan ini aku mempunyai kenderaan untuk meneruskan roadtrip aku kali ini. Aku dapat kereta Mitsubishi Outlander SUV yang amat gempak secara percuma selama 5 hari. Jadi masih ada banyak masa untuk berjalan-jalan dengan kereta percuma ini.

Aku hanya perlu mengisi minyak dan membayar kos feri untuk menyeberang dari Utara ke Selatan New Zealand. Ok yang ni tak dapat percuma.

Kadang-kadang, ada beberapa senaraian lain juga yang akan berikan anda tambang feri dan juga minyak. Dan aku telah terlepas satu kereta yang tawarkan faedah tambahan ini.

Ada pelbagai kenderaan yang hendak direlocatekan daripada van, campervan, kereta kecil,hinggalah ke jenis suv.

cara-dapat-kereta-sewa-percuma-di-new-zealand-3

cara-dapat-kereta-sewa-percuma-di-new-zealand-2

Bagaimana cara operasinya?

Ramai pelancong yang menyewa kereta dari syarikat sewaan kereta dengan mengambil dari point A dan menulangkan dari point B. Jadi apa yang kita buat adalah, bawa kereta dari point B kembali ke point A. Ini kelihatan juga seperti sebuah “kerja” yang tidak dibayar gaji tapi dapat kereta untuk ronda-ronda buat sementara.

Aku syorkan bagi sesiapa yang ingin membuat roadtrip seperti ini boleh cuba cara relocation car ini. Apa yang anda harus lakukan adalah sign in di website ini dan apply dari mana nak ke mana dan list kereta akan keluar. Ada pelbagai list dengan harga akan keluar. Ada yang kena bayar 1$ untuk 4 hari, free 5 hari dan sebagainya.

Dari situ anda dapat pilih sendiri kereta apa yang ada dan tarikh yang sesuai dengan perjalanan anda. Selepas itu, anda harus hantarkan pesanan kepada syarikat yang di dalam listing itu dan harus masukkan nombor kad kredit atau debit supaya apabila terpilih nanti korang akan datang ambil kereta. Pembatalan incase tak jadi nak buat kerja free ini hendaklah dibuat dalam masa 48 hours atau wang 100NZ$ akan dipotong dari kad anda.

Setiap syarikat mempunyai t&c tersendiri. Ada yang mengenakan bond secara tunai dan ada juga yang melalui kad. Bond ini akan dipulangkan selepas anda selesai melakukan tugasan membawa keret dengan selamat dalam masa yang ditetapkan.

Trick ini telah lama digunapakai oleh backpackers dan pelajar di sini untuk bergerak dari satu temat ke satu tempat. Maaf kasi pecah lubang.

Boleh refer pada gambar aku untuk melihat sendiri bukti bahawasanya aku dapat kereta percuma. Best?

cara-dapat-kereta-sewa-percuma-di-new-zealand-5

cara-dapat-kereta-sewa-percuma-di-new-zealand-6

cara-dapat-kereta-sewa-percuma-di-new-zealand-7

cara-dapat-kereta-sewa-percuma-di-new-zealand-8

cara-dapat-kereta-sewa-percuma-di-new-zealand-9

cara-dapat-kereta-sewa-percuma-di-new-zealand-10

Dan sebelum terlupa, aku dan kawan-kawan ada menulis buku dan ianya telah diterbitkan. Tentang pengalaman kami semua 20 orang dalam 20 tempat dan 20 pengalaman berbeza. Sesiapa yang berminat boleh pm aku kerana harga pre-order RM32 adalah sehingga 30 Nov ini sahaja.

Baca lagi: 12 Tip Travel Dengan Karavan Di New Zealand