Robert Downey Jr telah dicalonkan dalam Razzie Awards untuk peranan beliau dalam filem reboot Dolittle, filem tentang seorang doktor yang boleh bercakap dengan haiwan.

Dolittle diterbitkan oleh Comcast Corp menerima pencalonan tertinggi sebanyak 6 pencalonan. Drama yang sebelum ini tular di Netflix, 365 Days turut menerima ‘nasib’ yang sama dengan Dolittle dengan 6 pencalonan.

Dolittle dilihat sebagai karya yang teruk oleh pengkritik dan cuma menerima rating 14% di laman Rotten Tomatoes. Ramai sebenarnya yang tidak tahu filem ini ditayangkan di pawagam tahun lalu kerana pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Razzies, yang pertama kali ‘dianjurkan’ pada tahun 1980 merupakan anugerah untuk mengejek anugerah penuh gilang gemilang yang dilansungkan setiap tahun, Oscars Academy Awards. Keputusan pemenang untuk Razzies ini juga akan diumumkan pada 24 April depan, sehari sebelum anugerah Oscars berlangsung.

Pada tahun 2018, Dwayne ‘The Rock’ Johnson juga pernah ‘memenangi’ anugerah di Razzies untuk lakonan beliau dalam Baywatch. Namun, Dwayne tenang sahaja menerima anugerah tersebut.

Untuk Robert Downey Jr pula, memegang watak superhero terhebat Tony Stark bukan tiket untuk beliau terlepas daripada dikritik di pentas antarabangsa.

Baru-baru ini, pengarah ternama Edgar Wrigh memuji filem Roh sebagai salah satu karya tempatan yang hebat. Baca lagi pada pautan di bawah.

Pengarah Filem Ternama Puji Roh, Dakwa Ia Salah Satu Karya ‘Amazing’ Baginya

Hanya Robert Downey Jr Pelakon Yang Dapat Membaca Skrip Penuh ‘Avengers: Endgame’

Chef Wan Buli Uncle Roger Dan Ajar Cara Masak Dengan Betul Tanpa Guna MSG

Sumber