Selepas Ben Affleck mengesahkan beliau tidak lagi akan memainkan watak Batman untuk DCEU, Warner Bros perlu mencari pelakon baharu untuk memegang watak Bruce Wayne.

Untuk filem terbaru ‘The Batman’, pengarah Matt Reeves mahu mencari pelakon yang lebih mudah untuk watak Bruce Wayne. Nama yang sedang hangat bakal memegang watak ini adalah pelakon yang mencipta nama menerusi franchise Twilight, Robert Pattinson.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Robert yang baru berusia 32 dilihat calon yang paling sesuai untuk watak ini dan peminat daripada siri Twilight terutamanya teruja dengan berita ini. Filem The Batman ini juga merupakan karya reboot dan tidak mempunyai kaitan dengan DCEU.

Dilaporkan kerana reaksi pelbagai yang diterima ketika Batman V Superman: Dawn Of Justice dan Justice League membuatkan Ben Affleck berat hati untuk menyambung watak beliau sebagai Batman. Ditambah pula dengan skrip yang ditulisnya untuk The Batman digantikan dengan karya Matt Reeves, Affleck merasakan sudah sampai masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada DCEU.

Selepas Twilight, Robert tidak berjaya menarik perhatian pengarah filem ternama untuk mengambil beliau selaku watak utama dan ini mungkin permulaan untuk beliau kembali mengukir nama di Hollywood. Pelakon Armie Hammer (The Lone Ranger) juga turut disebut sebagai calon yang juga berkemungkinan untuk jadi Bruce Wayne.

Daripada vampire ke Batman, adakah anda rasa Robert Pattinson layak untuk menjadi The Caped Crusaders yang baharu? Jika tidak, siapa yang yang anda mahu lihat sebagai Bruce Wayne?