Hasrat seorang remaja yang memiliki nama yang sama dengan pemain bola sepak, Roberto Carlos itu akhirnya menjadi kenyataan apabila syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia merealisasikan impian beliau semalam.

Roberto Carlos Smith yang berasal dari Kampung Sungai Miak, Bentong, begitu teruja apabila AirAsia berbesar hati untuk memenuhi impian tersebut untuk bertemu dengan idolanya itu walau hanya selama 10 minit . Dalam pertemuan tersebut, remaja itu menerima jersi dengan tandatangan lagenda bola sepak Brazil itu. Menurut remaja tersebut, beliau diberikan nama yang sedemikian sempena pemain bola kegemaran ayahnya.

IMG_01

Roberto Carlos Smith mendapat peluang untuk berjumpa dengan idolanya di salah sebuah studio rakaman di Sungai Buloh ketika idolanya itu menjalani penggambaran untuk AirAsia. Terdahulu, Roberto Carlos baru-baru ini dilantik sebagai duta global terbaharu bagi syarikat penerbangan tersebut.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group