Negara di seluruh dunia semuanya berlumba untuk menghasilkan robot paling hebat dan Rusia juga tidak terkecuali. Rusia juga turut memperkenalkan robot paling ‘high-tech’ mereka menerusi saluran television terkemuka di sana.

Russia-24 dilihat memberi pujian kepada ‘Boris’, robot android yang membuat kemunculan di sebuah forum remaja yang membincangkan tentang dunia robotik. Boris juga dilihat boleh berinteraksi dengan penonton dan menari.

https://twitter.com/Soviet_flag/status/1072750313692631040

Namun ada penonton yang mula ragu-ragu dengan Boris kerana beliau tidak seperti robot-robot yang lain. Boris boleh membuat pergerakan yang ‘tidak perlu’, tidak mempunyai sensor dalaman serta dilihat seperti ‘terlalu manusia’.

Kemudian, tertiris sekeping gambar di ruangan Twitter. Rupa-rupanya Boris yang disangka robot tulen sebenarnya hanyalah seorang lelaki yang memakai kostum robot. Identiti Boris tertiris kerana leher lelaki yang berada di dalamnya terdedah dalam gambar berkenaan. Identiti sebenar Boris adalah ‘Alyosha The Robot’, kostum yang biasa muncul dalam sebuah rancangan ‘Robots’.

Kostum bernilai US3,800 berkenaan sememangnya memberi ilusi seperti ianya sebuah robot sebenar lebih-lebih lagi lellaki yang memakainya bijak membuat gerakan seumpama robot sebenar. Namun pihak penganjur forum berkenaan menepis dakwaan bahawa mereka mahu semua orang percaya Boris adalah robot yang sebenar.

Sumber