Tahukan anda perlawanan paling hebat abad ini akan berlangsung Ogos ini? Ianya bukan antara McGregor dan Mayweather tetapi dua robot gergasi iaitu dari negara matahari terbit, Jepun dan negara Uncle Sam, Amerika Syarikat. Real Steel in real time!

MegaBots Inc adalah pencetus kepada idea awesome ini. Pada tahun 2015, MegaBots Inc menjadi syarikat pertama di Amerika yang berjaya menghasilkan robot yang boleh dikawal oleh manusia di dalamnya. Konsepnya sama seperti robot dalam filem Pacific Rim, cuma ianya tidaklah sebesar robot di dalam Pacific Rim untuk menentang Kaiju.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Memang sudah menjadi tabiat rakyat Amerika, mereka ingin menguji robot mereka, MK. III dengan menghantar cabaran kepada sebuah syarikat Jepun yang turut juga menghasilkan robot, Suidobashi Heavy Industries (SHI). SHI pada masa yang sama juga turut menghasilkan robot masterpiece mereka, KURATAS.

Cabaran yang dibuat pihak MegaBots dibalas dengan respon positif dari pihak SHI. Mereka berbesar hati untuk menghadiri perlawanan dengan MK. III dan menguji kekuatan KURATAS yang dari segi luarannya, lebih cantik, berseni dan kemas berbanding MK. II. Boss SHI turut membuat komen kepada pihak MegaBots; jika ingin buat sesuatu, buatlah dengan lebih cantik sedikit.

Team Japan, KURATAS
Team USA, MK III

Untuk merealisasikan perlawanan ini, pihak MegaBots telah membuat satu kempen di Kickstarter untuk mengumpul dana dan hasilnya, mereka berjaya mengutip lebih USD500 ribu!

Buat masa ini, pihak SHI masih belum membuat video balas menerima pelawaan perlawanan ini. Jika dilihat pada laman rasmi Suidobashi Heavy Industries, update terakhir pada laman berkenaan adalah pada tahun 2015.

Lokasi perlawanan ini akan dirahsiakan oleh pihak MegaBots tetapi ianya akan boleh ditonton oleh penonton dari seluruh dunia menerusi online. Harap-harap pihak SHI dapat memberi respon berhubung perlawanan ini dalam masa terdekat. Jika perlu memilih antara dua robot ini, saya akan pilih KURATAS, Gundam over Optimus Primal. Go team Japan!

Sumber