Pada awal tahun, Jepun telah dikhabarkan akan tampil dengan Gundam Factory pertama di Yokohama menjelang tahun 2021. Peminat Gundam pastinya teruja dengan perkhabaran tersebut.

Walaupun berdepan dengan pandemik COVID-19, figura Gundam iaitu model RX-78-2 dalam skala sebenar telah berjaya siap dibina. Bagi anda yang tidak tahu, model Gundam ini bukan hanya memiliki saiz sebenar tetapi ia juga boleh bergerak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model Gundam ini pastinya akan menjadi tarikan utama pengunjung ke Gundam Factory kelak. Pada 29 Julai 2020, satu upacara jotoshiki (acara pemasangan kepala) telah dianjurkan apabila priest Shinto memberkati kepala Gundam seberat 55,000 paun sebelum dicantumkan bersama badannya.

Akhirnya model Gundam ini telah lengkap dan hanya perlu menantikan masa pelancaran Gundam Factory dalam bulan Oktober. Sudah semestinya Gundam Factory ini antara destinasi pilihan ramai untuk berkunjung jika ke Jepun.

Sementara itu, kami ingin kongsikan beberapa destinasi menarik yang anda boleh kunjungi di Jepun. Klik sahaja pautan di bawah ini. 

‘Tottori Sand Dunes’ Padang Pasir Unik Di Jepun Yang Ramai Tidak Tahu

Toshimaen Ditutup Selepas 94 Tahun, Taman Tema Harry Potter Pula Dibuka Di Jepun Mulai 2023

Seperti Dalam Filem Disney, Lihat Kawanan Rusa Menikmati Keindahan Bunga Sakura Di Jepun