Kepada peminat Gundam, ini peluang untuk anda bergambar bersama patung Gundam gergasi di Tokyo, sebelum ia dirobohkan pada 5 Mac 2017 nanti. Jadi anda masih mempunyai masa dalam beberapa bulan lagi untuk merebut peluang ini, yang bakal ke Jepun jangan lupa pula untuk singgah ke Odaiba, Tokyo.

Replika robot Gundam setinggi 18 meter yang dikatakan dalam saiz sebenar ini sering menjadi tumpuan pelancong. Bukan setakat besar, malah ia juga boleh bergerak. Memang mengagumkan! Dibina pada tahun 2012, namun ia bukanlah yang pertama. Sebelum ini satu lagi replika robot Gundam gergasi pernah diperkenalkan di Shizuoka, Tokyo pada tahun 2009.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berita untuk merobohkan robot gergasi ini mungkin agak mengejutkan, bukan mudah hendak membina robot bersaiz besar seperti ini apatah lagi reka bentuknya juga dibuat dengan sangat terperinci dan realistik.

1
via: Japan Times

Menurut laporan dari Gundam, mereka sekarang sedang merancang untuk membina replika robot yang lebih besar lagi sebagai persiapan menyambut ulang tahun Gundam yang ke 40 sebelum menjelang tahun 2019 dan tarikhnya akan diumumkan kelak.

Kepada semua kipas susah mati Gundam, jangan bersedih dan bersedia terima kejutan yang lebih dahsyat dari Gundam pada tahun 2019 nanti.

Sumber