Sebuah robot yang diberi nama Xiaoyi (doktor kecil) telah lulus peperiksaan lesen pengamal perubatan di China baru baru ini dan seterusnya menjadi robot pertama AI yang lulus peperiksaan.

Xioayi yang dibangunkan oleh syarikat iFlyTek mengambil peperiksaan tersebut pada Ogos lalu. Ia mengambil peperiksaan bersama dengan doktor doktor lain dan membuktikan ia boleh belajar, berhujah dan membuat keputusan sendiri. Xiaoyi mencatatkan markah 456 dalam peperiksaan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejayaan Xiaoyi ini hasil daripada perubahan algorithm yang dibuat kepadanya selepas pembangun sedar ia tidak boleh sekadar menghafal dan membuat carian. Sebaliknya Xiaoyi perlu mempunyai kebolehan mengenal pasti perkataan dan ayat ayat perubatan untuk berhujah dan membuat keputusan jika mahu lulus peperiksaan. Xiaoyi juga dibekalkan dengan pelbagai pengetahuan dalam bentuk buku teks, 2 juta rekod perubatan serta 400,000 jurnal daripada penerbitan perubatan.

Walaupun lulus peperiksaan, Xiaoyi belum layak mempraktikan kemahiran perubatan secara solo. Xiaoyi cuma boleh membantu doktor dalam memberi cadangan dan idea supaya doktor dapat mengenal pasti masalah dengan lebih pantas dan mengurangkan risiko.

Sebelum lulus peperiksaan itu, Xiaoyi pernah gagal dalam peperiksaan pertama dengan markah hanya 100/600 di mana markah untuk lulus ialah 360. Tonton video di atas untuk melihat ujian yang dilakukan terhadap Xiaoyi.