Berita baik buat suri rumah, jika anda pernah mengidamkan untuk memiliki Robot Vacuum sebagai pembantu untuk kerja-kerja membersihkan rumah, inilah masanya. Sebelum itu, mari saya perkenalkan dahulu apa itu Robot Vacuum ini.

Robot Vacuum ini adalah alat yang dicipta untuk membantu anda dalam kerja-kerja membersih rumah seperti membersihkan habuk pada permaidani atau lantai. Robot ini akan bekerja secara automatik, ia dilengkapi dengan sensor yang akan membantu ia bergerak bebas tanpa sebarang halangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sangat mudah digunakan, anda tinggal letak sahaja di kawasan yang ingin dibersihkan dan biarkan sahaja robot ini bekerja untuk anda. Sementara itu boleh lah buat kerja yang lain.

Robot Vacuum ini menggunakan tisu jenis microfibre yang mudah ditanggalkan, ia sangat efektif dalam kerja mencuci kotoran seperti debu, habuk atau helaian rambut. Ia bukan sahaja mudah untuk mencuci di kawasan bersudut, malah mudah untuk di bawa ke mana-mana. Nak bawa balik kampung pun boleh.

Apa yang anda perlu tahu sebelum memiliknya. Robot Vacuum ini memerlukan 4 biji bateri saiz AA, bersaiz 23 cm lebar dan 6 cm tinggi. Berat 500 gram, berkuasa automatik penuh dengan kemampuan berpusing 360 darjah. Sesuai untuk suri rumah yang bijak dan cantik.

Pada peringkat awal robot ini diperkenalkan, ia dijual pada harga ratusan ringgit. Tetapi di Lazada anda boleh dapatkan Robot Vacuum ini di bawah RM60 sahaja.

Serius!