Rock Bro adalah buah tangan terbaharu Mamat Khalid. Secara peribadi, saya mula tertarik dengan Mamat Khalid melalui filem Puteri Gunung Ledang (2004) yang diarahkan oleh Saw Teong Hin.

Mamat Khalid merupakan penulis skrip filem tersebut. Cuba korang selami dialog filem PGL dan korang akan dapati ianya sangat puitis, ‘makan dalam’ dan power.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Keindahan bahasa akan membawa kita kepada suatu bentuk pemikiran dan ketinggian budaya dalam sesebuah filem. Cuba korang tonton filem-filem Rahim Razali, Husin Hanif atau Omar Rojik dan korang akan mengiyakan pandangan saya ini.

Kehebatan Mamat inilah yang mengangkat beliau sebagai pengarah yang saya minati selain Shuhaimi Baba, Nasir Jani, Dain Said, Arwah Yasmin Ahmad, Uwei Haji Shaari, Rahim Razali dan Aziz M Osman.

Antara filem Mamat Khalid yang menjadi play-list saya adalah Man Laksa (2006) dan Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010).

review-filem-rimba-bara-5

1. Sebagai seorang yang membesar dengan muzik, saya merasakan bahawa filem Mamat kali ini berjaya menyampaikan roh ‘self-empowerment’ anak muda melalui band Rimba Bara, tentang ‘penggagahan diri’, tentang jatuh-bangun mereka dalam industri muzik dengan cara ‘values’ atau cita rasa mereka sendiri tanpa mempedulikan apa pun onak-duri-ranjau yang berlaku ke atas mereka.

2. Filem ini mengisahkan 4 anak muda Jijo, Slash, Black, Zul Kapan dan Dio yang meneruskan perjuangan kumpulan muzik rock; Rimba Bara.

Pelbagai rintangan dan cabaran sebagai ‘musician’ perlu dilalui sehinggakan mereka hanya mendapat upah buah-buahan tempatan sebagai bayaran persembahan muzik mereka.

Dan lebih dahsyat konsert mereka hanya ditonton oleh 10 orang penonton sahaja sedangkan mereka adalah kumpulan rock tersohor yang pernah bermain di Anugerah Juara Lagu.

review-filem-rimba-bara-2

3. Ya, filem ini bercerita tentang anak muda yang mahu mengejar cita-cita sebagai kumpulan muzik yang berjaya.

Dalam filem-filem Rock sebelum ini, Mamat menggambarkan betapa susahnya kumpulan Rimba Bara untuk berjaya sehingga terpaksa bergolok gadai semata-mata untuk merealisasikan impian mereka sebagai kumpulan muzik yang berjaya.

Situasi yang digambarkan oleh Mamat adalah realiti yang berlaku kepada kumpulan-kumpulan rock pada masa tersebut. Ramai pemuzik-pemuzik bukanlah berasal dari KL.

Kebanyakkan daripada mereka adalah budak-budak kampung yang lari ke KL, bekerja sendiri, sewa rumah beramai-ramai dan hidup cari makan sendiri. Kesusahan hidup, mereka tolak tepi janji kecintaan mereka terhadap muzik dapat dipenuhi.

4. Filem Rock Bro ini adalah sebuah filem muzikal. Seleksi lagu-lagu dalam filem ini menangkap dan kena dengan jalan ceritanya. Sebagai seorang ‘musician’, Mamat faham dan tahu lagu apa yang sesuai dengan scene-scene dalam filemnya.

5. Terus terang saya katakan bahawa filem ini cukup rempah ratusnya sebagai sebuah filem yang seronok untuk ditonton. Mamat berjaya membawa kita kembali menelusuri zaman jatuh-bangun pemuzik-pemuzik rock sekitar tahun 80an-90an.

Filem ini berjaya membentuk ‘geist’ dan mentaliti tentang irama rock sebagai yang mempengaruhi jiwa anak-anak muda ketika itu.

Tidak susah untuk menghadam filem Rock Bro ini kerana watak-watak, naratif, ruang dan waktu serta konflik disusun dengan teratur dan dijalin dengan kemas oleh Mamat.

review-filem-rimba-bara-4

6. Ada satu babak yang saya suka dalam filem ini bila Jijo merajuk dengan Hattan dan mempersoalkan kenapa mereka ada idea dan lagu sendiri.

Tetapi Hattan meminta supaya Rimba Bara menggunakan lagu yang telah dicipta oleh komposer dan menggunakan ‘session musician’. Jijo memberontak dan tak mahu semua itu berlaku dalam Rimba Bara.

7. Dulu masa saya sekolah saya pernah interview Joe Kidd. Ah, kalau korang tak kenal Brader Joe Kidd bererti ko adalah seorang poseur.

Joe Kidd bagitau masa dia riliskan album Songs For Friends sekitar tahun 1993, wartawan yang ditugaskan untuk membuat liputan tentang album tersebut bagi soalan sampai ke tahap marah-marah ‘kenapa buat lirik sendiri?’, ‘kenapa buat lagu sendiri?’, ‘pasal apa tak panggil para professional untuk buat semua ni?’

8. Mamat pernah melalui situasi ini dan dia cuba membangkitkan persoalan kenapa band-band mesti menggunakan lagu-lagu ‘kilang lagu’ seperti M Nasir atau Saari Amri sedangkan mereka ada lagu dan idea mereka sendiri?

Kenapa mereka mesti menggunakan ‘session musician’ sedangkan mereka boleh bermain alat muzik sendiri? Cuba korang tonton filem Kembara Seniman Jalanan untuk versi yang lebih ‘keras’ tentang perkara ini.

9. Saya juga terhibur dengan lawak-lawak yang ada dalam filem ini. Pada saya lawak-lawak Mamat tidak pernah mengecewakan.

Begitu juga soal kritikan sosial. Soal jatidiri, soal kekeluargaan, soal kembali kepada agama adalah intipati yang cuba dibangkitkan oleh Mamat dalam filem ini.

10. Filem Rock Bro ini sebenarnya adalah nostalgia masyarakat setempat yang pernah kita lalui sebelum ini.

Mamat cuba membawa imejan-imejan rockers, latar suasana 90-an dengan jayanya. Imej rambut panjang, kasut Aliph, baju band dan kain bandana adalah imejan-imejan yang kultus dan sebati dengan budaya rock.

11. Dalam pada masa itu juga kita dimomokkkan dengan stigma irama rock dan black metal adalah budaya negatif dan penyanyi rock tiada masa depan.

review-filem-rimba-bara-6

Namun Mamat sedikit sebanyak memperbetulkan dan membuang prejudis ini dengan sikap-sikap positif anggota Rimba Bara seperti sikap mematuhi waktu, tidak mengambil dadah dan tidak cepat menghukum orang walaupun telah beberapa kali ditipu oleh Che Man.

12. Persoalan kembali kepada agama juga diangkat beberapa kali oleh Mamat untuk menggambarkan bahawa agama mempunyai perkaitan secara terus dalam kehidupan.

Kita nampak Mamat mengaitkan watak Zul, watak Jijo dan watak Slash dengan agama, memperlihatkan kepada kita tentang peri-pentingnya perkaitan agama dan kehidupan.

Dan baru-baru ini, saya baru mendengar ceramah Ijam Medicine yang bercerita tentang penghijrahan ke arah agama ini.

15. Mamat mengakhiri filem ini dengan pengakhiran yang tidak dijangka. Apa yang bakal terjadi kepada Rimba Bara? Apa yang terjadi kepada Jijo?

Apa yang terjadi kepada Slash, Black dan Dio? Jawapannya anda kena tonton filem ini sekarang juga!

Baca lagi: Filem ‘Train To Busan’ Bukan Kisah Zombie Biasa