Sebagai seorang pelajar, memiliki beratus-ratus helai nota adalah perkara biasa. Banyak yang dipelajari dalam kelas, maka banyaklah nota yang terkumpul hasil penulisan anda. Ini baru pelajar, bagaimana pula mereka yang bekerja di pejabat?

Melihat situasi ini sebagai satu masalah, Joe Lemay dan beberapa rakan yang lain telah mencipta Rocketbook notebook, satu buku yang membolehkan apa-apa penulisan di dalam buku disimpan secara digital dan dihantar ke peranti seperti telefon pintar. Lebih menarik, contengan di dalam buku ini boleh dipadam dengan mudah, hanya perlu masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 30 saat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Notebook ini mengandungi 100 muka surat microwave-safe yang akan memastikan buku ini tidak terbakar semasa proses pemanasan dan sebuah pen Pilot’s special FriXion dengan dakwat yang direka khas akan hilang apabila didedahkan kepada suhu panas.

Rocketbook dijangka akan dipasarkan seawal Julai tahun ini. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi mereka di indiegogo.