Fungsi asas sesuatu bisnes dijalankan adalah menyelesaikan masalah orang ramai. Masalah untuk menghantar kenderaan ke bengkel seterusnya terpaksa menunggu berjam-jam sehingga kereta anda siap diservis mungkin memakan masa yang agak lama serta kurang produktif.

RocketValet mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini dengan menawarkan perkhidmatan mengambil dan membawa pulang kenderaan untuk diservis. Secara jujurnya, kami amat tertarik dengan idea yang ditawarkan oleh syarikat ini memandangkan ramai daripada warga kota menghadapi masalah ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

10644318_789544974482978_3647385193323177304_o

RocketValet juga menawarkan peluang pekerjaan untuk menjadi pemandu buat syarikat mereka. Beberapa syarat seperti rekod pemanduan yang baik dititikberatkan semasa pemilihan.

Harga yang ditawarkan oleh RocketValet juga sangat berpatutan iaitu hanya serendah RM50 untuk satu perjalanan dan RM100 untuk servis pergi dan pulang. Permintaan untuk dapatkan kereta anda dengan tangki minyak yang penuh serta kereta yang bersih juga disediakan beserta caj tambahan.

Setakat ini RocketValet sudah mengusai beberapa tempat dan negeri seperti Cyberjaya, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor. Kami yakin servis dan maklum balas yang positif daripada pengguna dapat memberikan peluang buat RocketValet meluaskan jajahan mereka.

12792145_799617776809031_1202420332903754373_o

Kepada anda yang berminat serta inginkan makluman lanjut tentang RocketValet boleh layari laman web mereka di sini.

Sumber