Sesiapa sahaja yang mempunyai PlayStation 2 kami yakin anda pasti tidak terlepas daripada bermain game yang sangat ikonik bagi konsol ini iaitu Bully. Kini, selepas 13 tahun, Rockstar Games dikhabarkan bakal hadir dengan sekuel game terbaru iaitu Bully 2.

Menerusi sekuel game terbaru ini, Rockstar Games bakal bekerjasama bersama Pinewood Studios yang bakal membantu dari suara latar karakter di dalam game ini. Selain itu, dikhabarkan usaha untuk membangunkan game ini sudahpun dimulakan oleh Rockstar Games.

bully-ps2
Sumber: nepascene

Setakat ini masih belum terdapat sebarang maklumat lanjut mengenai game terbaru Bully ini. Walaubagaimanapun, Bully 2 dijangka bakal dikeluarkan Rockstar Games sekitar 2020.

Berdasarkan jumlah peminat yang ramai serta sambutan daripada game sekuel lain daripada Rockstar Games seperti Read Dead Redemption 2, ramai yang sudah optimis game ini bakal mengembalikan memori zaman kanak-kanak bermain game yang sangat ikonik ini.

Sumber