Nampaknya seorang duta setia Nike akan beralih arah ke jenama terkenal dari Jepun, Uniqlo. Dikhabarkan hubungan antara Nike dan Federer akan tamat tidak lama lagi.

Nike menjadi penaja Roger Federer sejak tahun 1994 lagi sebelum menandatangani kontrak bersama Nike bernilai USD100 juta untuk kontrak 10 tahun pada 2008.

Uniqlo bakal menjadi destinasi seterusnya untuk Federer. Uniqlo pernah menaja Novak Djokovic sebelum ini dan Uniqlo sanggup berbelanja tinggi untuk Federer, lagi-lagi dengan Olimpik Tokyo yang akan menjelang tiba pada tahun 2020.

Federer dikhabarkan bakal menerima tajan bernilai USD30 juta setahun sehingga 2028. Federer akan berdepan masalah untuk mencari sponsor penaja untuk kasutnya (Uniqlo tidak hasilkan kasut tennis) dan Nike pula mempunyai hak terhadap logo terkenal Federer, ‘RF’.

Kemungkinan besar Federer akan memakai logo baharu jika bersama Uniqlo nanti. Di usia 36, beliau masih mampu menarik tajaan sehingga USD300 juta.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group