Uniqlo akhirnya memperkenalkan Roger Federer sebagai duta baharu untuk Global Brand Ambassador. Pengumuman ini dibuat selepas tamatnya kontrak pemain bintang tenis ini bersama Nike dimana memperlihatkan beliau memakai pakaian jenama Uniqlo pada pertandingan Wimbledon tahun ini.

Dilaporkan perjanjian ini berlangsung selama 10 tahun dengan bernilai $300 juta (RM 1.2 billion). Pakaian yang akan dipakai Federer akan direka oleh Uniqlo Research and Development di Paris Perancis yang mana akan diketuai oleh Christophe Lemaire.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaubagaimanapun Uniqlo tidak dapat menggunakan nama penjenamaan RF yang dimiliki Nike. Setakat ini Federer masih lagi menggunakan menggunakan kasut tenis jenama Nike.