Sebilangan besar roket China yang terhempas di Lautan Hindi, berhampiran Maldives dilaporkan telah musnah sepenuhnya. Berita ini disampaikan oleh Badan Angkasa China setelah pelbagai spekulasi berkaitan dengan lokasi nahas roket.

“Setelah pemantauan dan analisis, pada pukul 10:24 pagi pada 9 Mei 2021, serpihan tahap akhir dari pelancaran Yao-2 Long March 5B telah memasuki atmosfer,” kata Pejabat Kejuruteraan Aeroangkasa Manned China dalam satu kenyataan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kenyataan ini juga merangkumi koordinat di Lautan Hindi, berhampiran Maldives dan ia turut melaporkan bahawa sebahagian besar roket itu musnah. Manakala kumpulan pemantau, Space Track turut mengesahkan berita ini menggunakan data ketenteraan AS.

Sebelum ini ‘kepulangan’ roket yang dilaporkan hilang kawalan telah menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat dunia. Walaupun statistiknya untuk jatuh ke daratan rendah, namun masih terdapat risiko akan berlaku kerosakan atau kehilangan nyawa.

Pihak berkuasa angkasa Amerika dan Eropah juga telah mengambil langkah untuk mengesan roket tersebut dan berusaha menentukan waktu serta lokasi kejadian roket tersebut akan terhempas.

Untuk rekod, melalui akaun Twitternya, ahli astronomi Jonathan McDowell mengatakan bahawa China sudah memenangi pertaruhan apabila roket miliknya yang hilang kawalan telah jatuh ke kawasan yang tidak mempunyai nyawa manusia.

Hilang kawalan di orbit, serpihan roket angkasa China bakal terhempas ke Bumi. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Hilang Kawalan Di Orbit, Serpihan Roket Angkasa China Bakal Terhempas Ke Bumi