Dalam acara lelongan yang berlangsung pada 26 October, sebuah jam tangan milik pelakon Hollywood, Paul Newman telah memang dibida pada harga USD17.8 juta (lebih kurang RM75.5 juta) menjadikannya jam tangan termahal di dunia ketika ini.

Jam Rolex ‘Paul Newman’ Daytona ini menumpaskan rekod yang dipegang jam tangan Patek Philippe 1518 yang dijual pada tahun 2016 pada harga 11 juta. Jam tangan ini cuma mengambil masa 12 minit untuk ianya terjual. Anda boleh lihat acara lelongan ini pada minit 4:45 di atas. Harganya dibuka pada harga USD1 juta sebelum pembida melalui telefon membuat bidaan terus sebanyak USD10 juta membuatkan dewan bidaan senyap dengan bidaan berkenaan.

Cubie
HYPE
Oven ‘Ajaib’ Ini Bakal Bantu Anda Hasilkan Makanan Terbaik Setiap Hari
Baca lagi →

Video ini turut menerangkan serba sedikit sejarah jam tangan Rolex Daytona ini. Dengan harga berkenaan boleh beli beberapa sports car. Namun jam tangan ini nyata sangat bernilai buat collector Rolex yang menang bidaan untuk jam tangan ini.

Anda Mungkin Suka