Rolex kembali menghasilkan model ikonik GMT-Master II “Pepsi” dengan kemasan emas putih 18 karat. Edisi premium ini masih mengekalkan rekaan klasik yang ringkas dan ditawarkan pada harga USD37,000 (~RM155,126) sahaja.

GMT-Master II “Pepsi” diperkenalkan dengan gabungan warna ikonik Pepsi iaitu merah dan biru yang menghiasi bingkai, diserikan dengan saduran emas putih 18 karat pada logam di sekeliling bingkai. Edisi premium ini juga menggunakan chronometer Swiss dengan laras terkini 3285.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jam ini juga dilengkapi dengan teknologi terkini yang membantu pengguna untuk melaraskan waktu terkini mengikut perubahan zon waktu di satu-satu tempat. Selain itu, chromalight juga digunakan pada setiap penanda angka untuk memudahkan pengguna menyemak jam di dalam keadaan gelap.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, layari laman web Rolex.