Sejak wabak COVID-19 mulai tersebar seterusnya diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan lockdown, dapat dilihat sejumlah besar syarikat telah merasainya kesannya. Antara syarikat yang paling menerima tamparan hebat daripada kehadiran wabak ini sudah pastinya syarikat automotif.

Jika Lamborghini pilih untuk menghasilkan face mask keluaran mereka bagi membantu warga Itali, lain ceritanya denga syarikat automotif mewah dari Britain ini iaitu Rolls-Royce yang menutup kilang penghasilan kereta mereka sejak pada bulan Mac serta memfokuskan kepada bisnes berkaitan madu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

auto-honey_171bb60df99_original-ratio

auto-honey_171bb618597_original-ratio

Mungkin ramai yang tidak tahu, Rolls-Royce dilaporkan mempunyai ladang sebesar 42 ekar yang menempatkan 250,000 lebah dalam enam sarang sejak dari tahun 2017 lagi. Menariknya, sarang-sarang ini telah dinamakan daripada model keluaran Rolls-Royce sendiri seperti Phantom, Wraith, Ghost, Dawn dan Cullinan.

Meskipun mengeluarkan jumlah madu yang banyak melihatkan kepada saiz tanah yang sanggup dilaburkan syarikat ini, Rolls-Royce menyatakan madu yang dihasilkan nampaknya bukan untuk dijual di pasaran sebaliknya sebagai hadiah istimewa buat pelanggan Rolls-Royce. Pemberian madu ini dilihat sebagai salah satu cara eksklusif Rolls-Royce menghargai pelanggannya.

auto-bentley_171bb6321fa_original-ratio

Untuk pengetahuan, Rolls-Royce bukanlah satu-satunya syarikat automotif yang menjalankan bisnes berkaitan madu. Seteru mereka iaitu Bentley dilaporkan turut mempunyai ladang besar dalam menghasilkan madu secara besar-besaran. Boleh tahan unik juga model bisnes syarikat yang kedua-duanya berasal dari Britain ini.

Ketahui lebih lanjut dengan usaha Lamborghini dalam menangani COVID-19 di Itali.

Lamborghini Hasilkan ‘Face Mask’ Untuk Tangani COVID-19 Di Itali

5 Tip Asas Penjagaan Kereta Sempena Musim PKP