Pemilik Kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich tiba di Israel Isnin lalu setelah berjaya menukar kerakyatan kepada negara tersebut. Roman Abramovich merupakan pemilik kelab bola sepak Chelsea sejak 2003.

Menurut maklumat daripada media antarabangsa, Ambramovich menghadapi masalah untuk mendapat visa memasuki United Kingdom kerana pihak imigresen United Kingdom telah mengetatkan syarat pemberian visa kepada orang Rusia selepas percubaan bunuh terhadap double agent Russia, Sergei Skripal di Salisbury Mac lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengikut Undang-undang Israel, setiap orang Yahudi, atau anak atau cucu orang Yahudi mempunyai hak untuk menjadi warganegara Israel. Dengan pemerolehan pasport itu, Abramovich boleh kembali ke United Kingdom dan tinggal selama 6 bulan tanpa visa.

Sebagai rakyat baru Israel, Abramovich akan dikecualikan daripada membayar cukai hasil perniagaannya di luar Israel selama 10 tahun dan beliau juga diiktiraf sebagai orang terkaya di Israel dengan kekayaan USD 11.5 Billion (lebih RM45 billion+-).