Peminat siri K-Drama pasti sudah mengetahui tentang kehadiran pelakon kesayangan mereka, Park Seo-joon yang akan tiba di Malaysia bagi sesi meet & greet 300 pemenang bertuah Jom Minum MILO yang berlangsung di Sunway Pyramid hari ini.

https://www.instagram.com/p/Co_q_BML8JU/

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagi peminat yang tidak dipilih sebagai pemenang, salah satu cara untuk bertemu Park secara dekat adalah ketika dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Seorang pengguna TikTok, AriffSyauqi sempat merakam keadaaan havoc semasa ketibaan Park Seo-joon.

Dalam video itu, Ariff sempat berseloroh membandingkan dua crowd berbeza yang ada di KLIA ketika itu. “Yang belah ni nak pergi umrah, yang belah ni sambut artis Korea,” katanya dalam video tersebut.

@ariffsyauqi

#fyp #kdrama #parkseojoon #trending #fypmalaysia

♬ original sound – Ariff Syauqi – Ariff Syauqi

Boleh dilihat dalam video ini rombongan umrah tersebut dilihat tercengang dan tersenyum melihat gelagat peminat tegar Park Seo-joon. Rata-rata netizen juga ada yang meninggalkan komen lucu bila melihat situasi tersebut.

https://www.instagram.com/p/Co6fWs1S3-j/

Melihat di perkongsian Insta Story Milo Malaysia, rata-rata peminat setia Park Seo-joon sudah berkumpul di Sunway Pyramid seawal jam 10 pagi lagi. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.