Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Walaupun terdesak ekoran pengecilan sektor ekonomi negara akibat wabak pandemik, ianya bukanlah ‘lampu hijau’ buat orang ramai untuk melakukan aktiviti penjenayah bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Terbaharu tular sebuah rakaman CCTV menunjukkan tiga lelaki telah membuat rompakan di sebuah klinik gigi terletak di Taman Melati Utama, Setapak pada pukul 6.40 petang semalam.

Rompakan bersenjata di sebuah klinik Taman Melati Utama, Setapak

Posted by Sukan Star TV – sstv.my on Saturday, June 26, 2021

Ketiga-tiga perompak tersebut menaiki sebuah Proton Saga sebelum memberhentikan kereta berhampiran dengan pintu masuk klinik tersebut. Kemudian, salah seorang daripada mereka menuju ke pintu masuk serta berpura-pura bertanya sesuatu kepada staf klinik tersebut bagi ‘membuka laluan’ kepada perompak yang lain.

Setelah kesemua perompak berjaya masuk ke dalam, barulah ‘ketua perompak’ yang memakai topi hitam mengarah staf klinik tersebut masuk ke kaunter untuk menyerahkan barang-barang berharga kepada mereka. Antara barangan yang telah dirompak ialah telefon pintar, wang tunai, gelang, jam tangan milik staf klinik dan komputer riba.

Rakaman video tersebut sudah mula tular dan mengundang kemarahan netizen dengan tindakan lelaki-lelaki tersebut yang tergamak untuk merompak sebuah klinik gigi.

vocket-perompak-klinik-gigi-6

Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV

vocket-perompak-klinik-gigi-5

Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV

vocket-perompak-klinik-gigi-4

Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV

vocket-perompak-klinik-gigi-3

Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV

vocket-perompak-klinik-gigi-2

Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV

vocket-perompak-klinik-gigi-1

Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV

Situasi paling mendebarkan apabila staf klinik tersebut ‘terkantoi’ dengan perompak berkopiah semasa cuba menekan butang kecemasan yang terletak dibawah meja kaunter.

Sejurus selepas perompak tersebut ternampak tindakan staf klinik tersebut, dengan segera beliau memanggil ‘boss perompak’ untuk meninggalkan tempat kejadian. Nasib baik perompak berkopiah tersebut tidak mencederakan staf klinik itu dengan menggunakan parang yang dibawanya.

Semasa ketiga-ketiga perompak cuba keluar dari klinik, staf itu menekan butang kecemasan sekali lagi untuk mengaktifkan penggera kecemasan. Sejurus penggera kecemasan berfungsi, kelihatan kesemua perompak bertempiaran lari memasuki kereta meninggalkan tempat kejadian.

Setakat artikel ini ditulis, masih tiada perkembangan lanjut mengenai insiden rompakan yang terjadi. Jika anda mempunyai sebarang petunjuk atau info mengenai kejadian ini, diminta laporkan kepada pihak berkuasa berhampiran anda.

Baru-baru ini tiga anggota polis telah ditahan kerana didakwa telah mencuri peti besi yang mempunyai wang tunai dari pejabat syarikat kurier.

Tiga Polis Antara Ditahan Selepas Didakwa Terlibat Kes Curi Peti Besi Syarikat Kurier

Disangka ‘Penculik’, Niat Mahu Bantu Remaja OKU Ini Akhirnya Terbantut

Anda Mungkin Suka