Siapa sangka berada di lebuhraya juga masih terdedah kepada kes rompakan namun itulah yang terjadi pada pekerja syarikat pengedar emas ini apabila diserang perompak bersenjata di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya).

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin, mangsa dilaporkan dalam perjalanan dari Jalan Kuchai Lama menghala ke Sungai Besi melalui lebuh raya sekitar jam 3.35 petang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rompakan yang berlaku melihatkan dua buah kereta jenis Toyota Hilux berwarna hitam menahan kereta mangsa serta diapit pada bahagian depan dan belakang. Seterusnya, kumpulan perompak ini telah menarik kedua-dua mangsa keluar daripada kereta tersebut sebelum melarikan kenderaan bersama wang tunai dan emas.

Lebih tragis, kenderaan mangsa telah ditemui beberapa jam selepas kejadian dalam keadaan terbakar di Damansara, Petaling Jaya semalam. Kedua-dua mangsa pula dilaporkan mengalami kecederaan akibat terkena serpihan cermin yang dipecahkan suspek.

831803
Sumber: sinar harian

Menurut perkongsian mangsa, kumpulan perompak bersenjata ini mempunyai sosok tubuh yang besar, berbaju lengan panjang serta memakai topeng ski. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes di talian 03-2297922.

Tular pada minggu lalu apabila individu ini sanggup turun dari Johor ke Bangi semata-mata untuk menjejak ‘kembar’ keretanya selepas kerap menerima surat saman.

Bengang Sering Disaman, Lelaki Ini Turun Ke Bangi Menjejak ‘Kembar’ Keretanya

‘Macam Tin Milo’, Ini Sebabnya Kereta Tempatan Sengaja Direka Untuk Mudah Kemek

Sumber