Menyebut tentang lagenda Ronaldinho, kami yakin anda yang bukan kaki bola juga sangat peka dengan kepakaran dan sosok individu yang tidak pernah lekang dengan senyuman ini.

Berdasarkan temubual terbaru, pemain yang pernah menjadi pemain bola sepak terbaik dunia ini turut menyatakan minat untuk bermain dalam Liga Malaysia (Liga-M) secara percuma.

1489698208_542736_1489698402_noticia_normal

Difahamkan keghairahan peminat bola sepak di Malaysia serta layanan baik yang diterimanya ketika dua kali berkunjung ke Kuala Lumpur antara yang membuatkan beliau tertarik untuk bermain di Malaysia.

Dalam pada itu, pemain berusia 38 tahun ini sudahpun mengumumkan persaraan Januari lalu dan kini hanya memberi fokus kepada akademi bolasepak miliknya dan kariernya sebagai pemuzik.

Berdasarkan ura-ura, Perak FA antara yang berminat untuk membawa lagenda dalam menjadi sebahagian daripada Squad The Bos Gaurus. Apa yang pasti, pasukan yang berjaya membawa lagenda ini pastinya dapat meningkatkan penyokong yang hadir ke stadium semata-mata ingin melihat legend Ronaldinho beraksi.

Mampukah Perak FA atau mana-mana pasukan di Malaysia menawarkan sesuatu yang menarik buat lagenda samba ini untuk membuat comeback dalam dunia bola sepak?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤