Sejak awal Mac lalu, legenda bola sepak Brazil iaitu Ronaldinho kembali menjadi sensasi selepas beliau ditangkap pihak berkuasa selepas kantoi menggunakan pasport palsu dari negara Paraguay.

Beliau kemudiannya telah dimasukkan ke penjara di Paraguay sekaligus membuatkan orang ramai tertanya-tanya mengenai kehidupan bintang bola sepak yang dikelilingi para banduan lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
1_FBL-PARAGUAY-BRAZIL-JUSTICE-RONALDINHO
Sumber: The Sun

Selepas 32 hari meringkuk di penjara, pihak hakim telah mengarahkan Ronaldinho bersama abangnya keluar dari penjara dengan jumlah ikat jamin sebanyak $1.6 juta (RM6.94 juta).

Meskipun dibebaskan daripada penjara, Ronaldinho dilaporkan belum bebas sepenuhnya dimana beliau masih lagi berada di bawah tahanan serta perlu memetahui peraturan-peraturan yang ditetapkan sementara menanti perbicaraan mahkamah di atas kesalahan memalsukan pasport.

https://twitter.com/FutbolBible/status/1237742268930494464?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1237742268930494464&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fgambar-kehidupan-ronaldinho-dalam-penjara-di-paraguay-mula-tersebar%2F

Menerusi peraturan yang ditetapkan pihak hakim, Ronaldinho perlu mematuhi perintah berkurung dimana beliau dibenarkan keluar rumah bermula jam 8 pagi namun perlu pulang sebelum jam 7 petang. Beliau juga turut diminta memakai gelang penggera kaki bagi memantau lokasi beliau berada.

Difahamkan kehadiran di Paraguay di atas jemputan seorang pemilik kasino bagi tujuan amal. Ronaldinho dilaporkan diberi layanan yang baik di penjara serta sempat mempamerkan skil beliau di penjara serta menjaringkan beberapa gol sewaktu bermain bola sepak bersama pasukan banduan.

25972184-0-image-a-25_1584206415320
Sumber: Daily Mail

Sepanjang di penjara, Ronaldinho turut dimasukkan ke program yang ditetapkan pihak penjara dimana beliau mengikuti kursus asas pertukangan kayu. Diharap insiden ini dapat memberi pengajaran buat Ronaldinho sekaligus membuatkan beliau tinggal tabiat-tabiat negatif yang merugikan beliau.

Sebelum ini, tular berita mengenai hasrat Lionel Messi yang sanggup berbelanja besar demi ikat jamin Ronaldinho dari penjara Paraguay.

Messi Sanggup Belanja RM19 Juta Demi Ikat Jamin Ronaldinho Dari Penjara Paraguay

Gambar ‘Kehidupan’ Ronaldinho Dalam Penjara Di Paraguay Mula Tersebar

Sumber