Siapa saja tidak kenal dengan legenda bola sepak dunia, Ronaldinho yang pernah beraksi bersama Barcelona dan Brazil ketika di zaman bermainnya.

Walaupun hanya dengan sekilas pandang, kita akan dapat mengecam wajah Ronaldinho yang terkenal dengan rambut afro dan senyuman manisnya itu.

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

ronaldinho

Namun, bagaikan tidak menyedari dia sebenarnya dikenali hampir setiap orang di dunia, Ronaldinho baru-baru ini dilaporkan menggunakan passport palsu yang mengatakan dia adalah warganegara Paraguay.

Sedangkan hampir setiap orang di dunia ini tahu bahawa dia adalah Ronaldinho dan pernah mewakili pasukan kebangsaan Brazil di Piala Dunia sebelum ini.

Perbuatannya itu tertangkap selepas dia dikatakan menggunakan pasport palsu itu memasuki Paraguay dimana dia bersama abangnya diserbu ketika sedang bercuti Yacht and Paraguayan Club Hotel Resort di bandar Lambare.

Mereka berdua dikatakan berada di Paraguay atas jemputan pemilik salah sebuah casino di sana di samping bagi menghadiri acara kebajikan yang dijadualkan berlangsung di Paraguay.

Kedua-dua mereka bagaimanapun tidak dibawa ke pusat tahanan oleh pihak berkuasa namun diletakkan di bawah pengawasan di resort tersebut.

Menurut laporan SportBible, Ronaldinho menggunakan passport palsu kerana dia kini sedang digantung daripada menggunakan pasport Brazil selepas terdapat denda yang tidak diselesaikan di tanah airnya.

Pemain bola sepak sering saja terkait dengan kes-kes sensasi seperti Diego Maradonna yang sebelum ini didakwa ‘layan’ dadah sewaktu sedang menguruskan pasukannya. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Maradona Tenang, Dirakam ‘Layan’ Dadah Sewaktu Mengurus Pasukan?

Coronavirus Buat Jepun ‘Cuak’, Cadang Batal Penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020

Anda Mungkin Suka