Masih ingat patung kepala Cristiano Ronaldo yang tular awal tahun ini? Ronaldo kini tidak perlu risau kerana muncul satu patung baru beliau yang lebih tampan.

Patung Ronaldo yang terbaru ini direka oleh Navarro Arteogo di mana anaknya adalah peminat tegar Real Madrid. Anaknya tdak berpuas hati dengan hasil kerja patung di lapangan terbang Madeira dan membuatkan Navarro terdetik untuk menghasilkan patung Ronaldo versi beliau. Hasilnya adalah patung Ronaldo yang lebih mirip dan realistik dengan tuan punya badan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Patung kepala Ronaldo yang viral dahulu dipamerkan di lapangan terbang kepulauan Madeira sebagai simbolik penukaran nama lapangan terbang berkenaan kepada Cristiano Ronaldo International Airport. Ianya sebagai penghargaan jasa Cristiano Ronaldo kepada Portugal.

Patung kepala Ronaldo ini mengundang netizen membuat photoshop battle terhadap patung berkenaan terutamanya di laman Twitter.

Ramai yang berpendapat patung baharu ini akan menggantikan patung yang ada di lapangan terbang Cristiano Ronaldo tetapi sebenarnya ianya akan dipamerkan di Stadium Museum Real Madrid. Apa pun, patung kepala Ronaldo yang original tetap yang paling unggul!