Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Mungkin peribahasa ini sesuai menggambarkan kisah seorang pemuda Acheh yang terselamat dari bencana tsunami yang pernah melanda Indonesia pada 26 Disember 2004.

Beliau ditemui oleh orang ramai selepas 21 hari bencana itu berlaku dalam keadaan bersendirian di kawasan Rawa-Rawa dekat Makam Teungku Syiah Kuala, Bandar Acheh, Indonesia. Pemuda yang bertuah ini bernama Martunis Ronaldo dan beliau kini berusia 22 tahun. Ketika ditemui selepas bencana tsunami melanda, beliau berseorangan dan memakai jersi Portugal.

Hal tersebut telah mendapat simpati dari bintang-bintang bola sepak Portugal ketika itu. Bukan itu sahaja, beliau turut diambil menjadi anak angkat pemain bola sepak terkenal, Christiano Ronaldo.

Untuk pengetahuan anda, CR7 telah membiayai pendidikan Martunis ketika beliau berusia tujuh tahun dan disebabkan sifat prihatin dan perikemanusiaan CR7, Martunis juga menjadi pemain bola sepak dengan menandatangani kontrak kelab bola sepak Sporting Lisbon.

Terbaharu, menerusi akaun Instagramnya, beliau memuat naik beberapa gambar bersama CR7 ketika menjayakan kempen Shopee hujung bulan lalu di Itali setelah tiga tahun tidak berjumpa.

https://www.instagram.com/p/B2gJdfFl6hF/

Malah, melalui caption yang ditulis di media sosialnya, beliau bersyukur kerana dapat bertemu kembali dengan pemain terbaik dunia yang mempunyai jiwa yang murni dan turut berterima kasih kepada Shopee kerana memberikan kesempatan untuk bertemu kembali dengan CR7.

Jika anda ingin mengetahui lebih banyak kisah menarik kehidupan seharian Martunis, anda boleh pergi ke laman Youtube beliau.

Beruntung sungguh Martunis dapat menjadi pemain bola sepak untuk kelab bola sepak Portugal. Semoga beliau juga mampu menyinar dalam arena bola sepak seperti CR7. Ini pula artikel menarik mengenai gadis dari Malaysia yang menarik perhatian orang ramai kerana kehebatannya menimbang bola.

Gaya ‘Cool’ Gadis Dari Malaysia Timbang Bola Tarik Perhatian Netizen

Kerana Projek FOOTBRAILLE, OKU Penglihatan Kini Boleh β€˜Tonton’ Perlawanan Bola Sepak

Nike Sambut Pencapaian Cristiano Ronaldo Dengan But Bola Edisi Khas

Sumber