Cristiano Ronaldo pagi tadi menjaringkan hatrik untuk membantu pasukan Portugal seri 3-3 dengan Sepanyol. Disebalik kegembiraan ini, Ronaldo telah dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda €18.8 juta sebagai hukuman lari daripada membayar cukai.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Ianya hukuman yang hampir sama dikenakan terhadap Lionel Messi pada tahun 2016 yang lalu atas kesalahan yang sama. Namun keberangkalian untuk Ronaldo dipenjarakan adalah rendah kerana mahkamah Sepanyol biasanya melepaskan pesalah yang bukan melibatkan jenayah ganas kepada hanya di bawah pemerhatian kerajaan Sepanyol.

Tetapi Ronaldo masih perlu membayar nilai denda yang dinyatakan. Pada tahun 2017, Ronaldo disaman kerana lari daripada membayar cukai dari tahun 2011 hingga 2014. Pihak pendakwa berjaya membuktikan Ronaldo menggunakan beberapa syarikat di Ireland dan British Virgin Islands untuk elak membayar cukai.

Cukai yang dikenakan oleh kerajaan Sepanyol sangat tinggi dan turut melibatkan cukai untuk image rights walaupun pemain berkenaan bukan berasal dari Sepanyol. Menurut undang-undang Sepanyol, seorang individu dengan gaji
60,000 Euro boleh dikenakan cukai cukai sebanyak 45-47%, hampir setengah gaji yang diterima.

Semuanya bermula pada tahun 2005, di mana Sepanyol memperkenalkan satu undang-undang baharu untuk pekerja yang bukan dari Sepanyol yang berkerja di sana. Dalam undang-undang ini, seorang pekerja perlu membayar cukai 24% daripada jumlah yang mereka terima.

Undang-undang ini dikenali sebagai Beckham’s Law, selepas perpindahan David Beckham ke Real Madrid. Populariti Beckham ketika ke Real Madrid adalah di puncak dan ini menjadikan Beckham ‘lubuk emas’ buat kerajaan Sepanyol.
Disebabkan itu terdapat ramai pemain bola sepak yang lari daripada membayar cukai, antaranya Messi dan Ronaldo.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group