UFC telah mendedahkan bahawa bekas juara UFC Wanita Ronda Rousey bakal menjadi wanita pertama yang akan dimasukkan ke dalam Hall of Fame.

Rousey akan menerima penghormatan sebagai hasil daripada kerja untuk membantu menubuhkan bahagian wanita di syarikat ini. Berita ini juga telah diumumkan pada Sabtu lepas di UFC 225 di Chicago manakala upacara Hall of Fame bakal berlangsung di Palms Casino Resort.

Ronda_Rousey_bio–417cb7aea12c63ff101cb9f035b188d5

“Ini adalah penghormatan yang luar biasa, bukan hanya mengambil bahagian dalam membawa wanita ke barisan hadapan sukan ini, tetapi kini UFC Hall of Fame,” kata Rousey menerusi satu kenyataan rasmi. “Semoga saya menjadi orang pertama.”

“Tanpa Ronda Rousey, mungkin tidak akan ada wanita di UFC” Presiden UFC Dana White menerusi satu kenyetaan pada media. Ronda adalah orang selalu yang membantu dan menyokong saya dan beliau juga telah menbuat ramai orang melihat wanita dalam sukan gusti dengan cara pandangan yang berbeza. Tahniah Ronda Rousey, kini beliau telah mula aktif di dalam bidang lakonan dan juga WWE.