Pemain snooker profesional Ronnie O’Sullivan dilahirkan di Wordsley, England, pada tahun 1975. Kedua-dua ibu bapanya dipenjara dan menhadapi masalah dengan dadah dan kemurungan, Beliau diberi gelaran “Rocket” kerana beliau sangat terkenal dengan corak permainan pantas untuk menghabiskan bola snooker di atas meja dengan break maksimum.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nama beliau mula melonjak naik ke puncak sukan ini dengan memenangi Kejohanan UK pertamanya pada tahun 1993 dan Kejohanan Dunia pertama beliau pula pada tahun 2001. Beliau juga sangat terkenal dalam mencatat kemenangan dengan point maksimum iaitu 147. Beliau sentiasa mencatatkan rekod break maksimum sejak tahun 1990 sehinggalah kini.

Permulaan Kehidupan

1280x720-CSb

Beliau dibesarkan di Essex telah menunjukkan bakat yang besar pada usia seawal 8 tahun dalam sukan snooker. Bapanya amat menyokong minat beliau sehinggakan membeli set meja snooker di rumah mereka. Bapanya juga sering membawa beliau pergi ke kelab untuk bertanding.

Ketika beliau berusia 10 tahun, bakat beliau telah mencuri perhatian dunia apabila beliau mencatatkan 100 point pada kemunculan pertama beliau dan pernah digelarkan sebagai ‘Wonderkid’.

Pada usia 15 tahun pula, beliau dicatatkan sebagai pemain termuda yang mencatatkan 147 point didalam kejohanan rasmi yang pertama kali beliau sertai.

Karier Profesional

Foto: Rod Johnson/Getty Images
Foto: Rod Johnson/Getty Images

Selepas menjadi pemain profesional pada tahun 1992, O’Sullivan telah memenangi 38 perlawanan pertamanya tetapi kejayaan tidak disambut oleh bapanya kerana pada ketika itu kerana telah dijatuhi hukuman 18 tahun meringkuk didalam penjara atas kesalahan membunuh seorang lelaki yang bernama Bryan.

Kejadian malang itu berlaku sewaktu bapanya yang sedang mabuk menikam mangsa semasa berlaku pergelutan di bar. Tidak lama selepas itu, Ronnie O’sullivan sekali lagi dikejutkan dengan berita penangkapan ibunya atas kesalahan penipuan pengistiyharan harta bagi mengelak daripada membayar cukai kerajaan. Ibunya dipenjara selama setahun.

Walaupun beliau banyak menghadapi dugaan yang amat besar dan perit, beliau tetap terus optimis dalam mencipta kejayaan demi kejayaan didalam sukan ini. Beliau menjadi pemain termuda yang menjuarai kejohanan UK pada tahun 1993 dan pada tahun 1995 beliau menjuarai Masters pertamanya. Beliau sering membuatkan penonton rasa terpesona dan terpukau dengan sentuhan magis beliau.

Pada tahun 1997, beliau mencatatkan masa terpantas dunia iaitu 5 minit 20 saat bagi ‘melicinkan’ semua bola diatas meja snooker dengan catatan break maksimum iaitu 147 sewaktu beliau bermain di kejohanan dunia.

Pada tahun 2001, beliau telah menjuarai Kejohanan Dunia buat pertama kali untuknya dan pada tahun berikutnya beliau berjaya menambah dua lagi koleksi piala dunia pada tahun 2009 dan 2010, tiga kali berjaya menjuarai kejohanan UK dan empat kali menjuarai Masters.

Namun kemerosotan amat ketara mula berlaku pada tahun 2011 apabila beliau gagal memenangi sebarang kejohanan yang disertainya.

Pada tahun 2012, beliau berjaya kembali kepada prestasi terbaik beliau dimana beliau berjaya menjuarai semula Kejohanan Dunia pada tahun itu dan tahun 2013. Beliau mencatat 1 lagi kemenangan Masters pada tahun 2014.

Pada tahun itu juga beliau telah membuat rekod baru dengan 12 kali break maksimum sekaligus merangkul kejuaraan Terbuka Welsh dan turut menjuarai Kejuaraan UK pada tahun yang sama.