Seorang lelaki berusia 43 tahun dikenali sebagai ‘Mie’ oleh penduduk kampung ditahan polis selepas dipercayai melakukan beberapa perkara khianat di sebuah surau di Kuala Kurau, Perak.

Antara perbuatan khianat yang dilakukan lelaki dipercayai kurang siuman itu menurut beberapa laporan media arus perdana adalah termasuk membuang beduk dan mengoyakkan helaian Al-Quran.

Peralatan gendang dan Al-Quran itu kemudiannya difahamkan telah dibuang ke dalam parit berhampiran surau di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan mendapati kulit beduk telah ditoreh dan dikoyakkan selain terdapat kesan racun dituang di kawasan parit sehingga menyebabkan beberapa ekor ikan mati.

“Selain peralatan surau, penduduk turut menemukan pelan rumah dan peralatan pertukangan berkaitan kontraktor perumahan dipercayai milik seorang penduduk di sini,” kata Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mazuki Mat seperti dipetik Malaysiakini.

Susulan daripada perbuatan khianat itu, penduduk kampung kemudiannya tampil membuat laporan polis dan suspek telah berjaya ditahan pada hari yang sama.

Menurut laporan ProjekMM, suspek difahamkan mempunyai masalah mental hasil dan sering berhalusinasi. Malah isterinya juga menjelaskan beliau kini masih dalam rawatan untuk masalah berkenaan.

“Suspek mendakwa melakukan perkara itu bagi mengelakkan bencana alam berlaku sekiranya barangan itu tidak dibuang ke dalam parit, namun polis masih menjalankan siasatan,” tambah Supt Mazuki seperti dilaporkan ProjekMM.

Suspek kini difahamkan telah direman sehingga Jumaat ini dan kes pula akan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Baca juga perkongsian semasa daripada kami sebelum ini melalui pautan di bawah.

Miliki Senapang AK47 Dan Peluru Hidup, Petani Di Kelantan Ditahan Polis

Nama Stadium Di Kedah Curi Perhatian Dunia, Tampil Di Akhbar United Kingdom

Kerajaan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Pesakit COVID-19 Ditempatkan Di Hotel First World