Isteri mantan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor nampaknya telah ditahan pada petang ini sekitar jam 3.20 ketika memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kehadiran beliau pada kali ini merupakan perbicaraan kali ketiga oleh SPRM.

Berdasarkan laporan, beliau dipanggil untuk memberi keterangan lanjut berhubuung kes SRC International Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat dibawah 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Selain itu, beliau turut didakwa dibawah kes penggubahan wang haram.

rosmah
Sumber: TODAYonline

Untuk pengetahuan anda, Datin Seri Rosmah Mansor mungkin berdepan sebanyak 20 pertuduhan jenayah dimana kebanyakannya melibatkan penggubahan wang haram. Sama-sama kita nantikan episod seterusnya esok bagi menantikan jawapan SPRM mengenai kes dakwaan Datin Seri Rosmah Mansor.

Sumber