Sudah agak lama tidak mendengar khabar daripada salah satu kumpulan K-Pop terawal yang berjaya menawan hati peminat di seluruh dunia, Super Junior. ‘Sorry, Sorry’ dan ‘Mr. Simple’ pastinya pernah tersenarai dalam playlist kegemaran peminat K-Pop sekitar tahun 2010.

Beberapa hari lalu, syarikat label muzik kumpulan tersebut iaitu SM Entertainment telah menandatangani satu projek kerjasama dengan PT Trans Media Corpora. Jalinan kerjasama ini telah memberikan peluang kepada Super Junior untuk menghasilkan lagu kolaborasi bersama Datuk Rossa.

Menerusi satu sidang media di Jakarta, Ketua Pegawai Eksekutif CT Corp Chairul Tanjung berkata kolaborasi yang diberi nama RossaxSuperJunior ini antaranya bertujuan untuk memperkenalkan industri muzik dan penyanyi Indonesia di mata dunia terutamanya dalam industri muzik Korea Selatan.

sjpg

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Rossa dan seorang wakil kumpulan Super Junior, Leeteuk. Rossa meupakan artis antarabangsa pertama yang terpilih untuk berduet dengan kumpulan tersebut. Pastinya peminat Super Junior dan Rossa sudah tidak sabar untuk menanti hasil kolaborasi tersebut.