Malaysia boleh dikatakan syurga makanan berikutan pelbagai makanan boleh didapati di Malaysia. Antara makanan kegemaran rakyat Malaysia semestinya nasi lemak, roti canai, cendol dan banyak lagi.

Bagaimana jika kami katakan terdapat coklat yang menampilkan kombinasi makanan Malaysia? Betul, anda tidak salah lihat kerana KitKat telah melancarkan coklat berperisa unik iaitu roti canai dan kari, nasi lemak, kopi dan kaya, dan juga cendol durian.

8d181eef38020269bb938d8577e2f772
Sumber: KitKat Malaysia
d3bcf3de49f1573a51f7786d3b7d8fd0
Sumber: KitKat Malaysia
f8aa1adfc94ff32fdeff4ed6f76c56bb
Sumber: KitKat Malaysia

Pengenalan KitKat berperisa baharu ini adalah sempena dengan Hari Malaysia yang bakal tiba dan juga meraikan ulang tahun ketiga kedai fizikal KitKat. Jika anda ingin mencuba KitKat perisa baharu ini, ianya hanya tersedia di KitKat Chocolatory, Sunway Pyramid.

Coklat edisi terhad ini boleh dicuba di pop-up booth di LG2 Orange Wing, Sunway Pyramid sehingga 6 Oktober 2019. Untuk maklumat lanjut mengenai coklat edisi terhad ini, anda boleh layari laman web Nestle ataupun ke Facebook KitKat Malaysia.

Bagaimana agaknya rasa kombinasi coklat dan perisa-perisa tersebut? Adakah anda tahu selain KitKat ini, apa lagi produk terbaharu daripada Nestle? Baca artikel di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Nestle Berkolaborasi Dengan Starbucks Perkenalkan ‘Starbucks at Home’ Di Malaysia

Pizza Hut Malaysia Perkenalkan Menu Unik ‘Durian Cheese Pizza’

FamilyMart Perkenalkan Aiskrim Perisa ‘Belgian Dark Chocolate’ Edisi Terhad

Sumber