Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai negara dengan syurga makanan. Ia dapat dilihat dengan pelbagai hidangan yang mampu diperoleh di pelbagai negeri. Hidangan ini pula hadir mengikut jenis budaya dan latar negeri tersebut.

Jadi, tidak terkejut sebenarnya apabila TasteAtlas, dalam kaji selidik mereka dalam mencari ‘Makanan Jalanan Terbaik di Dunia’ menyenaraikan Roti Canai sebagai makanan kedua terbaik di dunia. Kerana Roti Canai buatan Malaysia bukan sahaja enak, tetapi dibuat dengan penuh kasih sayang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Walaupun tewas dengan Gouthie, China namun ia tidak memberi kesan kepada Roti Canai yang mampu berdiri sendiri untuk bersaing dengan makanan di seluruh pelusuk dunia. Ini kerana keunikan Roti Canai bukan sahaja pada rasanya, tetapi cerita-cerita yang akan berlegar disekitarnya sewaktu mereka menjamah di waktu pagi dan pada waktu minum petang.

Bagaimanapun, senarai yang dikeluarkan TasteAtlas ini telah menyemarakkan perdebatan di antara pengguna maya yang melihat bahawa tidak ada negara yang mempu menawarkan makanan jalanan dengan adunan budaya yang berbeza seperti Malaysia yang berdiri dengan pelbagai bangsa.

Selain itu, ada juga sebahagian pengguna maya yang mempersoalkan bagaimana Roti Canai boleh dianggap sebagai makanan terbaik dan mereka juga turut mempersoalkan adakah Roti Canai tersebut benar-benar milik Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, Roti Canai milik Malaysia adalah adaptasi Paratha, hidangan dari benua kecil India yang juga dipanggil Roti Prata di Singapura. Ia datang dengan pelbagai jenis inti, seperti telur, bawang, keju dan cendawan.

Di seberang tambak pula, jiran kita Singapura nampaknya gagal untuk berada di 50 senarai makanan jalanan terbaik apabila hanya mampu berada di kedudukan ke-100 dengan hidangan Char Kway Teow. Ini sebenarnya kali kedua Singapura gagal untuk berada dalam senarai, padahal pada 2019, mereka berada di kedudukan pertama sebagai bandar terbaik untuk makanan jalanan.